Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung suristory.com. 

Jika anda bukan suri anda masih boleh baca perkongsian saya. alaa, gurau je


Hari ni saya nak share sikit tentang macamana cara kita nk stay motivated dalam apa saja yg kita lakukan.  Moga dapat kongsi dengan anak2 peserta NECK saya untuk terus semangat mengharungi cabaran 100 hari dengan NECK.

Kita boleh baca beratus ratus artikel tentang nutrisi & bersembang tentang macamana strategi nak pastikan tubuh badan makin sihat…, bacalah sampai muka naik  biru pun boleh ! ha ha. acah jer.

Tapi percayalah, semua knowledge dalam dunia ni tak akan bermanfaat kpd kita selagi kita tiada motivasi utk mengamalkannya. rugikan baca sampai biru. 🙂

Getting motivated, nampak macam senang jer? senang ke? huuu, especially dalam proses nak menurunkan berat badan ni…saya sendiri telah melaluinya. Sebagai manusia biasa, motivasi memang akan ada turun dan naiknya.
Jom kita cuba upgrade level of motivation kita sama2. Try follow tips macamana nak set target dan macamana nak capai target kita tu: 

1.  Set kan Smart Goals anda. Lebih spesific apa yg anda nak capai, prosesnya akan lebih mudah. Saya kongsikan disini worksheet smart goal yg anda boleh guna. kalau rajin nak create sendiri pun boleh. Smart Goals Worksheet. saya amik ni dari sparkpeople.com.

2.  Buat Sasaran yang Kecil dahulu. Untuk mencapai sasaran yang lebih besar , kita perlu capai sasaran2 yang kecil dahulu. Di sini saya gunakan sasaran untuk menurunkan berat badan. Contoh, anda target untuk turunkan 15 kg dalam masa 100 hari. Buat sasaran kecil anda 30 hari nak lost 4kg, atau 15  hari boleh lost 2 kg. Kan nampak mudah je tu nak capai. Kita fokus on realistic target. ok ke ok ? hi hi.

Mencapai beberapa siri sasaran kecil (small goals )  akan membawa kita kpd pencapaian yg lebih besar. Dan jangan lupa, celebrate la bila dah berjaya capai sasaran kecil tu. Hadiahkan diri anda dumbell ke, rawatan spa ke…jangan reward dengan mknn yg sihat yer !

3. Sentiasa Ingat BIG WHY anda. Yang paling penting adalah sentiasa hadam dalam fikiran, hati dan perasaan anda sebab apa anda nak turnkan berat badan ni. Mungkin anda nak lebih sihat, demi  anak2 dan keluarga, supaya lebih mudah beribadat, supaya lebih berkeyakinan dan mudah fit apa saja baju yg anda suka. Anda boleh fikir dan try & error apakah big why yg paling terkesan pada anda.

*draf

insyaallah saya sambung lagi di next N3.



salam sayang

%d bloggers like this: