Salam dan selamat petang semua. 


Hari ni sangat busy dengan tugasan di  opis, hingga hampir terlupa untuk buat sedikit persiapan untuk akhir tahun hijrah 1436. Esok kita akan masuk ke tahun baru hijrah iaitu 1 Muharram 1437 Hijrah (Awal Muharram) bersamaan 14 Oktober 2015 dan merupakan hari kebesaran Islam. 

Alhamdulillah hari ni ada yang mengingatkan di fb , terima kasih nanny Maria saya, sib baik masa rest ni tadi browse tru fb dan keluar sharing Maria tentang doa  akhir dan awal tahun.

Tiap2 tahun ia berulang, selalunya saya agak kelam kabut dan tak ready, sedih juga kadang2, terlepas waktu nya. 

Moga kali ni saya dapat lebih menghayati doa akhir dan awal tahun ini dengan sesungguh – sungguhnya  & semoga ia memberikan segala kebaikan kepada saya dan kawan2 semua. 

Jom, sapa yg belum ada doa tu, simpan doa ni dlm note memasing. 



Bila nak baca ?

Doa Akhir Tahun
Dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu asar) pada 29 Zulhijjah 1436 bersamaan 13 Oktober 2015.

Doa Awal Tahun

Dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1436 bersamaan 13 Oktober 2015. 
Ia  boleh juga kita baca pada 1 Muharram 1437 bersamaan 14 Oktober 2015 selepas menyempurnakan waktu Maghrib
%d bloggers like this: