Salam dan selamat pagi semua.
Nampaknya jerebu telah melanda Perlis yang permai lagi mempesona. Jadi sama2 la kita especially ibu bapa meluangkan sedikit masa utk ambil tahu serba sedikit tentang jerebu ni untuk keselamatan dan kesihatan anak-anak tercinta.
Pasti ramai mak ayah yg susah hati, walaupun sekolah cuti & anak2 tak pergi sekolah, tapi mak ayah yg berjawatan pekerja masih perlu keluar kerja kan.
Pastikan anak2 yang tinggal di rumah telah dilengkapkan dengan segala keperluan dan berada bersama penjaga yang dipercayai. Pasikan juga mereka tidak keluar rumah.
Sentiasa alert dengan perkembangan indeks IPU semasa Boleh lawati APIM (Air Pollutant Index Malaysia) untuk mendapatkan indeks terkini.
Status indeks IPU terkini Kangar adalah 125 iaitu dalam kategori unhealthy.
Pengguna Android boleh dapatkan aplikasi Indeks Pencemaran Udara Malaysia / Malaysia Air Pollution Index, iaitu;
MyIPU
https://play.google.com/store/apps/details…
Dibangunkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Awas, jangan ambil ringan dengan  situasi jerebu ini.  Ramai yang tidak ambil berat tentang kesan2 jerebu. Berikut adalah kesan dan implikasi yang mungkin dialami sekiranya terdedah secara berterusan kepada jerebu:

–  Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
–  Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
–  Mata terasa pedih dan berair.
–  Hidung berair dan kerap bersin.
–  Kulit badan terasa gatal-gatal.
– Terasa sakit di bahagian dada.
– Dapatkan rawatan dan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan simptom seperti di atas.

Tips Menghadapi Jerebu
Bagi mengelakkan diri mendapat kesan secara langsung dari keadaan jerebu ini, cuba pastikan anda dan ahli keluarga mengamalkan tips di bawah:
–  Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah dan tempat -tempat yang terbuka
–  Pastikan udara dalam rumah sentiasa bersih, elakkan pencemaran dalaman seperti asap rokok dan lain-lain
– Jika terpaksa berada di luar rumah, anda dinasihatkan menggunakan topeng muka
–  Apabila memandu, naikkan cermin tingkap dan guna penghawa dingin. Pilih mode kitaran udara dalaman
–  Minum banyak air kosong 2 – 3 liter sehari
–  basuh tangan dan muka dengan sabun dan air yang bersih selepas menjalani aktiviti di luar rumah
–  Amalkan pengambilan makanan yang mengandungi lebih Vitamin C atau mengambil supplement Vitamin C
Selain itu, sebagai umat Islam, mohon berbanyak doa kepada Allah yang Maha Kuasa agar jerebu ini segera berakhir dan rakyat Malaysia kembali dapat menghirup udara yang segar dan selamat.
“Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya, Dan kami memohon denganMu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya.”
%d bloggers like this: