Biasanya anda cari gambar untuk digunakan dalam blog atau sebarang kerja personal atau bisnes dari mana.  Adakah anda ambil terus dari google?

Pastikan anda tidak mengambil gambar sesuka hati ok!

———————————————————————————————————-

Assalamualaikum.

Kak Hani doakan semua pembaca HaniIsmail.Com dikurniakan kesihatan dan sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

Hari ni Kak Hani nak kongsi sedikit cara bagaimana nak dapatkan gambar-gambar berkualiti tinggi dan nampak profesional untuk digunakan dalam hasil kerja kita.  Sebenarnya Kak Hani pun baru nak berjinak-jinak dengan pembekal foto profesional ni.  Sebelum ni Kak Hani asyik ambil dari google je, sebolehnya kita elakkan ambil gambar dari google.

“JANGAN AMBIL GAMBAR SESUKA HATI , INI TIPS UTAMANYA”

Sebab apa ye?
Haaa, Kak Hani sebenarnya memang tau, tak boleh sesuka hati ambil gambar yang ada di google. Tapi sikap nak buat kerja mudah dan instant, jadi tak pernah ambil berat.  Asyik nak cepat je, google dan terus save as gambar yang kita minat.

Hati-hati tau.
Gambar yang kita ambil, walaupun dah diubahsuai dan kita edit cantik-cantik, pemilik yang asli akan tahu . Lagi haru kalau gambar tersebut ada HAK CIPTA.  Pemilik boleh buat tuntutan kepada kita sebagai pencuri hasil kerja mereka.

Kita juga terdedah kepada hukuman atau penalti dari google.  Google ada Legal Removal Request yang mana jika kita dikesan oleh pemilik meggunakan gambar tanpa kebenaran, mereka buat aduan dan kita kemungkinan akan di block atau blog kena remove.  
Alamak! Tentu tak nak kan, penat-penat tulis blog.  Jom tengok video ni untuk faham tentang perkara ni.
Legal Removal Request

CARA NAK DAPATKAN FOTO MENARIK

Untuk mendapatkan foto kita ada beberapa pilihan.

1.  Ambil gambar sendiri 
Ambil gambar sendiri guna smartphone pun dah dapat gambar yang cantik.  Cuma ada gambar yang kita perlu tak dapat diambil dengan smartphone dan memang perlu bantuan dari sumber internet.

2.  Menggunakan search tool google image

Ini seperti cara biasa yang ramai orang gunakan, cuma untuk lebih selamat kita google dengan cara yang lebih khusus .

Mula-mula google image seperti biasa. 

Kemudian pilih Tools dan pilih gambar yang dikelaskan di bawah Labeled for Reuse . Gambar melalui carian ini telah dilabel untuk boleh digunakan semula.


Pilih Gambar yang ada Labeled for Reuse

3.  Dapatkan dari Website penyedia gambar

Haaa, inilah yang paling best, mungkin anda semua dah lama tahu kan.

Kak Hani sebenarnya pun dah lama tahu, tapi tak pernah ambil inisiatif untuk gunakan sepenuhnya.

So, hari ni terus cuba dan apply.  Tu yang semangat nak kongsikan langkah-langkahnya yang amat mudah.  Rugi tak buat tau, gambar yang kita dapat pun lebih cantik dan profesional dan banyak pilihan.


Tentu anda semua biasa dengar atau terjumpa website penyedia foto seperti ISTOCKPHOTO , SHUTTERSTOCK dan banyak lagi semasa anda google image dengan cara lama. Mereka inilah penyedia foto yang terkenal.

Antara penyedia foto yang boleh kita gunakan adalah ISTOCKPHOTO, SHUTTERSTOCK, GETTY IMAGES, FREE DIGITAL PHOTO, FREERANGE, FLICKR dan banyak lagi.



MACAMANA CARANYA NAK AMBIL GAMBAR DARI PENYEDIA FOTO

Kak Hani pilih FREE DIGITAL PHOTO kali ni, lain kali nak explore pula gambar-gambar dari penyedia foto lain.

Langkah-langkahnya :

1. Kita perlu daftar dulu akaun dengan Free Digital Photo atau penyedia photo pilihan anda
2. Apabila kita dah ada akaun , kita akan dapat paparan berikut


Paparan Interface Pengguna Berdaftar

Sebab Kak Hani ni peminat supplemen Shaklee, maka Kak Hani browse kategori Health & Beauty.  Wah ! menarik, dah nampak sikit kategori gambar yang best.

Contoh, Kak Hani nak cari gambar pils.  nampak tu, ada lebih 700 image pils yang ada.

Paparan Gambar Pelbagai Pils


Pilih Gambar untuk Download


Proses untuk Download

Setelah berjaya download, kita boleh edit mengikut keperluan penggunaan.  Kat bawah ni adalah gambar pils yang Kak Hani dah edit untuk kegunaan next entry Kak Hani.


Taraaa, Gambar yang dah siap edit


Seperti yang Kak Hani nayatakan tadi, sebenarnya, mungkin ramai yang dah tahu, tapi tak mula praktiskan amalan mengambil gambar dari penyedia foto.  Sebab ,kita selalu nak mudah je, nak cepat.

Tapi bila ambil gambar dari tempat yang betul, rasa lebih selamat dan gambar pun lebih cantik.

Jemput share perkongsian ini jika anda rasa ia bermanfaat.

Terima Kasih sudi berkunjung ke blog Kak Hani


Jika anda berminat untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaanSupplemen Shaklee, jangan segan-segan hubungi Kak Hani di talian 019-4771175.  


Hubungi Kak Hani untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HANI 019-4771175

%d bloggers like this: