Bisnes Mobile Spa Satu Pelaburan Bisnes Yang Bijak ? Betul ke?

Untuk menilai sama ada buat Bisnes Mobile Spa adalah Satu Pelaburan Yang Bijak, kita perlu lah membandingkan Bisnes Mobile Spa dengan beberapa bisnes yang lain. Jom ikuti perbincangan saya.  Jika anda ada sebarang pendapat atau komen, jemput tulis di ruangan komen ye.

Ciri-ciri  Bisnes Yang Merupakan Pelaburan Bisnes Yang Bijak

Dengan kehidupan yang semakin mencabar kini, ramai orang bekerja keras untuk perbaiki taraf hidup dan keluarga, sehinggakan ada yang buat 2-3 kerja dalam satu masa.  Ada juga yang buat kerja sehingga tiada masa rehat dan berlibur bersama orang tersayang.  Adalah menjadi satu kerugian yang amat sangat jika anda bekerja separuh mati tapi untuk apa? Tiada kebahagian dalam hidup, tiada masa santai dan lebih teruk lagi jika hanya bekerja untuk memenuhi keperluan pada masa sekarang sahaja, tidak pernah menabung untuk masa-masa kecemasan.

Oleh itu, kita perlu bijak memilih bisnes yang baik dari segi pelaburan jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang.  Berikut ciri-ciri bisnes yang merupakan Pelaburan Bisnes Yang Bijak:

  • Bisnes Yang Anda Suka
    Sangat penting anda memilih bisnes yang anda minat, supaya anda akan rasa happy dan sentiasa bersemangat untuk melakukannya.  Anda pun tak stress kan.
  • Bisnes Yang Ramai Orang Suka dan Perlukan
    Perlu juga diteliti, jangan terlalu fikir nak buat yang kita suka saja, semak juga sama ada bisnes itu ada demand dan merupakan keperluan ramai orang.  Lagi best kalau bisnes tu High Demand tapi kurang bekalan . Jadi lebih mudah untuk kita meroket nanti.
  • Bisnes Yang Sesuai Dengan Bajet Kita
    Jika anda baru nak bermula dalam bisnes, buatlah bisnes yang tidak perlu pelaburan besar sehingga terpaksa buat pinjaman bank.  Puan Ainon Mohd ada berkongsi, modal permulaan bagi yang baru nak setup bisnes adalah RM2000 ke bawah. Puan Ainon ni merupakan seorang mentor bisnes yang disegani dan juga Pengerusi Kumpulan PTS.  Dah pasti dia berpandangan demikian setelah berpengalaman berhadapan dengan pelbagai masalah anak didik yang nak mula bisnes.
  • Bisnes ini Mudah untuk Anda Lakukan
    Anda tak perlu buat persediaan yang besar untuk mula bisnes ini.  Pelaburan sedikit tapi pulangan besar.  Jangan buat bisnes yang terlalu banyak SOP contohnya anda nak jadi founder.  Tahu tak, banyak gila prosedur atau SOP yang perlu anda lalui jika nak jadi founder atau nak buka perniagaan yang ber premis

  • Bisnes Yang Ada Pulangan Berganda
    Pilih bisnes yang menjamin pulangan berganda.  Bermakna, anda buka bisnes, anda tak perlu keluar modal dengan kerap, tetapi bisnes tersebut masih dapat terus menjana income untuk anda.  Keluar modal sekali, jana untung berkali-kali.  Begitulah perumpamaannya.
  • Bisnes Yang Berisiko Kecil
    Mulakan bisnes dengan memilih bisnes yang tidak menyebabkan anda bankrup atau kerugian besar.  Mula bisnes yang hampir tiada risiko.
  • Buat Bisnes Yang Dalam Masa Sama Anda Bina Legasi untuk Masa Depan
    Haa, ada ke bisnes yang macam ni.  Tentu ada. Bisnes yang wajib anda pilih tu adalah bisnes yang berikut, anda buat bisnes itu sekarang, anda dapat income atau keuntungan, tapi dalam masa sama anda sedang bina empayar bisnes yang semakin berkembang. Maksudnya, anda bukan sekadar kerja, atau sekadar menjual , jual, jual sahaja.  Sambil menjual atau membuat servis, sambil anda mengembangkan rangkaian bisnes anda.

Bisnes Mobile Spa Berbanding Bisnes Lain

Bisnes mobile spa sekarang memang menjadi pilihan ramai wanita. Ini kerana ramai wanita mula nampak peluang untuk buat instant cash dari bisnes ini.

Namun, adakah ia pelaburan bisnes yang bijak.

Jika anda sekadar buat bisnes mobile spa untuk dapat income pada masa sekarang, pasti anda akan dapat instant cash yang anda mahu.

Tapi, jika anda usahawan mobile spa, yang dalam masa sama anda buat sesuatu untuk kembangkan lagi bisnes itu, ia akan jadi satu pelaburan yang bagus

Dalam TWB, kami bukan sahaja usahawan spa, tapi kami dibimbing untuk sentiasa berkembang dalam bisnes. Dan of course ia pelaburan terbaik adalah sebab kita gabungkan TWB dengan sistem pemasaran Shaklee.

Sambil anda buat bisnes spa, anda juga sedang membina legasi bisnes anda untuk jangka masa panjang, berpeluang jadi leader dalam organisasi anda dan seterusnya mendapat pelbagai reward dari Shaklee.

Untuk info lanjut dan sebarang pertanyaan, boleh whatsapp kat bawah ye.

Hubungi Kak Hani untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE & The walking Beauty Project !!!

HANI 019-4771175

 

 

 

%d bloggers like this: