Bisnes Mobile Spa semakin hari semakin mendapat tempat di hati wanita Malaysia
Wanita dan kecantikan sememangnya tak dapat dipisahkan.  Ramai wanita sanggup melaburkan sejumlah wang yang besar semata-mata untuk kelihatan cantik.

Namun, suatu masa dahulu, spa ini hanya terkenal di kalangan wanita yang kaya dan berada.  Jika dilihat dari siri lakonan di kaca televisyen, wanita-wanita kaya dari golongan datin dan keluarga diraja yang selalu berkunjung ke pusat spa.  Nampak best je kan.

Tetapi hari ini, berkunjung ke pusat spa dah jadi kegemaran ramai orang. Ia dah menjadi satu keperluan bagi golongan wanita. Berkunjung ke spa bukan hanya untuk kecantikan tetapi juga untuk relax, memanjakan diri dan menghilangkan stress bagi wanita yang sibuk bekerja dan mengurus rumahtangga.

Di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pelancongan, industri SPA negara dijangka mampu menjana pulangan sebanyak RM400 juta kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI) menjelang tahun 2020.
Ia juga dilihat dapat menyumbang sehingga 3500 peluang pekerjaan dalam bidang tersebut

Informasi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia pula, jumlah syarikat yang berdaftar di bawah sektor kecantikan adalah sebanyak 2888 buah.  Ia banyak juga diceburi oleh wanita dari kalangan ahli koperasi wanita

Jadi, dapat dilihat dari fakta di atas, dapat disimpulkan bahawa, Bisnes Mobile Spa merupakan bisnes yang semakin meningkat naik dan relevan dijalankan terutama di zaman yang serba moden ini


Bisnes Mobile Spa Pilihan Wanita Hari Ini

Kenapa Bisnes Mobile Spa menjadi pilihan wanita hari ini?
Bagi wanita yang berminat menjalankan perniagaan ini, sudah tentulah jiwa mereka sendiri sangat suka kan kecantikan.
Adakah anda juga seorang yang memang suka kecantikan?  Anda mungkin salah seorang wanita yang bakal membuka spa atas jenama anda sendiri.

Maksud SPA berasal dari singkatan bahasa Latin iaitu Solus Per Aqua
Solus bermaksud ‘Perawatan’
Per adalah kata hubung ‘Dengan’
Aqua bermaksud ‘Air’

Perawatan dengan Air adalah maksud penuh SPA.  Air merupakan medium yang sangat baik untuk tujuan rawatan, kesihatan dan menyegarkan dengan berkesan.

Tidak hairanlah ramai wanita memilih untuk memanjakan diri di Spa terutama selepas penat bekerja.  Ia selalu dijadikan reward setelah penat bekerja dan mengurus rumahtangga.  Namun disebabkan kesibukan, tidak dapat meninggalkan anak, tiada banyak masa untuk keluar rumah, ramai wanita lebih suka perkhidmatan spa di rumah sendiri.

Jadi, tidak hairanlah Bisnes Mobile Spa semakin menjadi kegemaran ramai wanita.

Bisnes Mobile Spa Mudah Dilaksanakan

Ramai wanita memilih untuk menjalankan Bisnes Mobile Spa kerana ia mudah dilaksanakan.  Mereka hanya perlu menghadiri kursus dan seterusnya dengan sedikit peralatan asas, mereka boleh mula  membuka servis di mana-mana sahaja.

Tidak perlu memikirkan untuk set up kedai dan membeli peralatan yang serba canggih. Ia boleh dilakukan dengan dua pilihan iaitu

  1. Secara Home Spa –  Set up ruang spa di rumah sendiri dan buka servis kepada pelanggan dari kalangan jiran tetangga terlebih dahulu.
  2. Secara Mobile Spa – pergi ke rumah pelanggan dan set up spa di rumah pelanggan


Bisnes Mobile Spa Menjamin Pendapatan Lumayan

Pendapatan melalui Bisnes Mobile Spa boleh dikatakan agak lumayan.  Purata bayaran servis spa untuk 1 jam adalah antara RM60 – RM120.  Seorang pengusaha mobile spa biasanya mengambil 2-4 orang sehari mengikut kemampuan.  Sehari purata pendapatan seorang pengusaha mobile spa adalah RM250 – RM300

Pendapatan sebulan boleh mencecah RM2000 hingga RM4000.  Lebih – lebih lagi modal nya kecil dan bahan untuk spa boleh digunakan dalam jangkamasa yang lama.


Bisnes Mobile Spa Yang Patut Anda Sertai

Persaingan dalam Bisnes Mobile Spa sudah tentu ada.  Tetapi peluang untuk mendapat pelanggan sebenarnya masih terbuka luas.  Bayangkan di Malaysia ada seramai 15.5 Juta wanita.  Ini Statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia.  Gigih saya cari statistik ni tadi.

Untuk memilih Kursus Usahawan Spa  yang terbaik, anda perlu lihat beberapa fakta berikut:

  1. Branding Spa yang menarik dan mudah dipasarkan
  2. Tempoh kursus yang sekejap sesuai untuk anda yang tiada banyak masa
  3. Kursus spa yang banyak proven result, bukan sekadar nampak gah dan profesioanal tetapi bila tamat kursus, tak boleh buat duit
  4. Pendapatan spa dari pelbagai cabang, bukan sekadar dari servis spa sahaja
  5. Ada insentif istimewa seperti melancong ke luar negara dan bonus
  6. Kumpulan sokongan yang kuat dan highly motivated

Jika anda sedang mencari-cari  bisnes  spa yang mempunyai ciri-ciri di atas, anda patut join Projek Spa The Walking Beauty
Anda boleh baca info tentang Projek Spa The Walking Beauty di sini >>> APA ITU BISNES MOBILE SPA THE WALKING BEAUTY PROJECT


Hubungi Kak Hani untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE & The walking Beauty Project !!!

HANI 019-4771175

 

%d bloggers like this: