Cantik Tanpa Kimia atau dengan menggunakan bahan  kimia? Anda pilih yang mana?   Sekarang ni ia menjadi isu yang semakin tular di media sosial.  Yang lebih menyedihkan dan rasa geram, kenapa masih ramai rakyat Malaysia yang seolah-olah tak sayang kan tubuh anugerah Allah yang Allah pinjamkan kita di atas muka bumi ni.  Ramai yang tahu produk tu ber kilo merkuri, tapi masih nak pakai sebab nak cepat dapat kulit gebu.

Baru-baru ini saya berkesempatan join kempen yang dijalankan bersama beberapa orang blogger anjuran rakan blogging saya iaitu ollies.com .   Sebenarnya kuasa blog ni kuat juga, kami menulis supaya dapat lah kiranya yang membaca blog ini mendapat manfaat dari penulisan kami yang tak seberapa.  Sebab tu kita sama-sama lancarkan kempen ni.  So kepada siapa yang terbaca entry saya ni, jemput-jemputlah share kempen Cantik Tanpa Kimia yang kami anjurkan ni ye.

Ini sebenarnya sangat relevan dengan isu sekarang.  Banyak media memaparkan beberapa orang tampil apabila muka dah menjadi parah.

kempen-kesedaran-jom-cantik-tanpa-kimiaTerlalu Banyak Pengeluar Produk Beracun

kempen-kesedaran-jom-cantik-tanpa-kimiaLagi Serbuan Premis Produk Beracun

kempen-jom-cantik-tanpa-kimiaWajah Terbakar Padah Beli Kosmetik Beracun

Jadi, nasihat saya, marilah sama-sama kita elakkan menggunakan kosmetik yang ada  bahan kimia berbahaya atau beracun.  Sebenarnya ada banyak cara untuk kita dapatkan kulit cantik secara semulajadi.  Sebenarnya ramai yang dah tahu pun macamana nak dapatkan kulit cantik secara semulajadi, tapi malas nak amalkan saja. jika anda berkelapangan, boleh baca entri saya berkaitan cantik secara semulajadi ni dalam entri Rahsia Kulit Cantik Yang Ramai Dah Tau Tapi Ruginya Malas Nak Buat

Cantik Tanpa  Kimia – Apa Perlu Kita Elak

Sebenarnya tidak semua bahan kimia berbahaya. Bahan kimia memang diperlukan dalam setiap proses yang berlaku.  Tetapi sejauh mana sesuatu proses itu menjaga kualiti produknya dengan menggunakan hanya bahan kimia yang selamat .  Ia juga sangat penting untuk sebuah  syarikat komited dan serius dalam mengelakkan dari menggunakan bahan kimia berbahaya walaupun kos nya lebih rendah dan mendapat kesan yang cepat kepada pengguna.

Ada banyak bahan kimia berbahaya, saya cuma senaraikan sebahagian darinya iaitu,
Parabens
Warna Sintetik
Wangian Sintetik
Phthalates
Triclosan
Natrium Lauril Sulfat (SLS)
Formaldehid
Toluene

Sumber Bahan Bertoksik Perlu di Elak
Sumber : Google

Bahan KImia Berbahaya Perlu di Elak
Sumber: Google

Cantik Tanpa Kimia – Ada ke Produk Selamat ?

Sebenarnya produk yang tiada bahan kimia bahaya ni ada.  Antara ciri-ciri produk skincare yang tidak berbahaya :
–  Harga agak mahal
–  Kesannya perlahan dan tidak terlalu drastik
–  Dijual di premis seperti farmasi ( tetapi tidak semua ye yang dijual di farmasi adalah selamat )
–  Dijual melalui pengedar sah sesebuah syarikat yang memerlukan konsultasi sebelum jualan dan selepas jualan
–  Mempunyai kajian klinikal yang lengkap
–  Ada team penyelidik dari golongan pakar, doktor dan saintis
–  Syarikat pengeluar adalah syarikat yang dah bertahan lama di Malaysia juga global

Sememangnya sentiasa ada pilihan, hanya terserak kepada individu untuk memilih yang terbaik untuk diri masing-masing.

Sedikit tips saya nak kongsi, terutama kepada adik-adik yang masih muda.
Jangan terburu-buru nak kulit cantik, biar proses tu berlaku secara perlahan dan natural.  Jangan pilih produk berdasarkan testimoni kulit putih gebu.  Yang penting mesti sihat dan selamat , ingat tu !

Jangan lupa ikuti tips mudah dan simple yang saya dah pernah tulis di entry sebelum ni. Saya kongsikan semula linknya di sini , tulisan bertajuk Rahsia Kulit Cantik Yang Ramai Dah Tau Tapi Ruginya Malas Nak Buat

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila share kan kepada kawan-kawan dan saudara mara anda supaya lebih ramai yang cakna tentang pentingnya  Cantik Tanpa Kimia .

Jika ada sebarang kemusykilan tentang bahan-bahan berbahaya, boleh rujuk sendiri ke website rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.  Ada artikel penting berkenaan amaran kepada mereka yang mengeluarkan produk berbahaya. Baca disini Amaran Kepada Pengilang Ubat Atau Makanan Yang Mencampur Palsu Produk Mereka dengan Bahan Racun Berjadual

Untuk info lanjut dan konsultasi berkaitan produk shaklee dan peluang bisnes dengan Shaklee , boleh whatsapp saya kat bawah ye.

Hubungi Kak Hani untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE & The walking Beauty Project !!!

HANI 019-4771175

 

 

 

%d bloggers like this: