Ibadah Haji saya pada tahun 2012
Alhamdulillah.
Insyaallah saya cuba rangkumkan untuk catatan kenangan, rujukan dan motivasi untuk pengunjung haniismail.com.

Assalamualaikum
Saya doakan semua pembaca haniismail.com dilimpahi rahmat Allah yang berpanjangan.

Dah agak lewat untuk saya rakamkan pengalaman Ibadah Haji saya dan suami pada tahun  2012 ini. Alhamdulillah diberi kekuatan untuk menulis nya sebagai perkongsian kepada anda yang akan berkunjung ke sana. Tidak kiralah pergi umrah atau haji, anda tetap TETAMU VIP jemputan Allah.

Allahuakbar. Segala puji bagi Allah, tuhan sekian alam.

Saya agak, mungkin akan amik masa lama juga untuk saya share tentang pengalaman haji ini. Untuk memudahkan perkongsian saya, saya bahagikan sharing ini kepada 4 bahagian.  Bagi saya, perjalanan haji saya dan suami ini boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu 

Bahagian Pertama – Persediaan dari segi ilmu, fizikal dan mental serta kewangan
Bahagian Kedua – Persediaan berkaitan amalan-amalan yang perlu dilakukan semasa berada di Mekah dan Madinah
Bahagian Ketiga – Perjalanan haji bermula dari pergerakan untuk berwukuf di arafah
Bahagian Keempat – Pasca haji, iaitu selepas saya pulang ke Malaysia

Saya mohon perlindungan dan bimbingan Allah agar penceritaan saya ini adalah penceritaan yang baik, Saya hanya insan biasa, moga-moga tiada penulisan yang tidak manis, bersifat riak dan sebagainya.  Saya seikhlasnya hanya ingin kongsi pengalaman ini dari hati saya…supaya dapat sampai ke hati pembaca dengan sebaik-baiknya.  Allahuakbar.

Syukur alhamdulillah, suami banyak merancang untuk kami pergi haji di usia muda. Semenjak tahun 2010 lagi kami telah menghantar surat rayuan kepada Lembaga Tabung Haji untuk menunaikan ibadah haji.

Ada rakan-rakan yang minta saya share format surat rayuan, kalau jumpa insyaallah saya kongsikan disini.

 

Pendaftaran haji saya telah buat pada tahun 2003 seingat saya iaitu setahun selepas kami berkahwin.  Kalau ikut queue, kami akan dapat pergi pada tahun 2018. satu tempoh yang sangat lambat bagi kami.

Pada tahun 2009, kami telah pergi menunaikan umrah bersama kakak dan abang ipar.  Oleh kerana kami jauh di utara , kami tak dapat mengikuti kelas2 persediaan yang dibuat oleh abang ipar saya yang merupakan seorang ustaz dan pegawai di Jabatan Agama Islam Pahang.  Apabila di sana, saya rasa sangat banyak persediaan yang saya tak buat dengan sebaiknya. Seperti amalan-amalan dan skrip doa yang teratur.


Jadi bila nak menunaikan haji kami telah buat persediaan yg lebih tersusun.

Kami hantar rayuan kali ketiga ke Tabung haji pada tahun 2012, dan dalam masa yang sama kami survey pakej yang dibuat oleh pihak swasta.

Persediaan Ilmu Ibadah Haji: Bahan Ceramah dan Bacaan

Walaupun keputusan untuk menunaikan haji belum diterima, semua jemaah yang yang menjangka akan dapat pergi akan hadir ke kelas-kelas yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji.

Sebenarnya tak rugi kita hadir.  Anda yang belum nak pergi pun boleh hadir. Manatau dapat aura haji kan.  Selain dari itu bagi mereka yang dah mengharap untuk pergi, hadir ke ceramah ini juga adalah satu doa.  Kan apa yang kita FIKIR, RASA, CAKAP dan BUAT itu adalah DOA.

Kami telah hadir ke kelas ini semenjak 2011 lagi tapi masa tu saya tak konsisten sangat.  Tahun 2012 ini memang kami cuba hadir ke semua kelas.  Dalam perancangan kami, kami akan tetap pergi haji tahun ini walaupun secara pakej.

Apa yang saya dan suami buat sebagai persediaan ialah:

1. Hadir ke kursus haji anjuran Lembaga Tabung Haji – seminggu sekali
2. Membaca dan mengkaji buku yang diberi oleh Lembaga Tabung Haji
3. CD Panduan Haji oleh Ustaz Daud Che Ngah
4. Melancarkan bacaan2 untuk setiap rukun umrah
5. Menghafal beberapa bacaan pendek seperti bacaan Niat Ihram, Niat Tawaf, Doa-doa pendek terutama doa antara Rukun Yamani & Rukun Hajarul Aswad dan lain2.

Ulangkaji amat penting supaya kita betul-betul bersedia

Untuk perkara 4 dan 5 , kita memang perlu ulang bacaan untuk lancar semasa kita melakukan nya nanti. Contoh semasa anda tawaf, memang anda boleh membaca sambil tawaf tu, tetapi jika anda lancar ia adalah lebih mudah dan betul sebutannya.  

Bayangkan masa anda tawaf tu, sambil jalan, sambil pegang dan tengok buku doa, anda juga mungkin kena tolak dan bermacam-macam kemungkinan.  Kita juga perlu memahami makna2 doa tersebut, supaya bila nanti kita baca, maksud doa itu kita dah dapat terdetik dalam hati dan kita akan lebih feel.

Dari segi bacaan juga saya banyak membeli buku2 travelog haji untuk mendapatkan gambaran dan juga motivasi dan feel yang kuat untuk kita buat ibadah haji dengan bersunguh – sungguh.

Sebenarnya, sebelum saya pergi menunaikan haji, banyak buku yang saya baca mengenai haji. 
Dalam banyak-banyak buku, saya nak mencadangkan kepada para pembaca untuk beli dan baca buku ni. Bagi saya, buku wajib baca sebelum pergi menunaikan haji. Buku – buku yang ditulis oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim
Buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman 

 

Buku 50 Tips Motivasi Haji & Umrah

 

Buku Haji Muda tulisan Ridzwan Bakar
 
Membaca buku-buku ini banyak membantu saya dalam lebih memahami perjalanan haji dan juga ia sangat menginsafkan.  Insyaallah jika berkesempatan saya sangat ingin nak kupas isi kandungan buku ini. Doakan saya dapat jadi pengulas buku pula selepas ni.  

Persediaan Fizikal dan Mental Ibadah Haji

Saya memang kurang bersenam dulu.  3 Bulan sebelum tarikh menunaikan haji barulah saya pulun.  Saya banyak bersenam dengan berjalan kaki serta jogging di denai larian dan juga di sawah belakang rumah saya.

Saya pastikan tidak meminum ais kerana ketika itu saya sangat mudah dijangkiti batuk dan selsema.  

Sebenarnya saya sangat terkilan kerana pada tahun berkenaan, saya masih belum diperkenalkan dengan supplement terbaik shaklee.  Saya langsung tidak mengamalkan atau consume sebarang supplement masa pergi haji.  Saya hanya mula berkenalan dan jatuh cinta dengan Shaklee pada hujung 2014.

Persediaan Kewangan Ibadah Haji

Alhamdulillah, semasa hampir nak menunaikan haji, simpanan dalam tabung haji telah mencukupi untuk saya pergi bersama pakej Muassasah. Masa tu Pakej Muassasah adalah sekitar RM10,500.00. Sebenarnya perbelanjaan haji lebih mahal. Setahu saya sebahagian besarnya ditanggung oleh tabung haji.

Apabila kami decide untuk pergi melalui pakej swasta, En Suami tambah sedikit peruntukan saya.  Alhamdulillah. Semoga Allah berkati suami saya di dunia dan akhirat.

Sebenarnya, dari segi kewangan, kita mestilah telah bersedia menabung.  Insyaallah bila kita dah register untuk pergi haji dan mula menabung, Allah pasti permudahkan usaha kita untuk mengumpul duit untuk mengerjakan haji.  
Tips nya: SEGERALAH DAFTAR HAJI & MULA MENABUNG.  IA ADALAH SATU DOA DAN PENGHARAPAN, INSYAALLAH ALLAH MAKBULKAN
Baiklah, saya akhiri dulu sharing utk Bahagian Perrtama. Insyaallah moga saya dapat sambung lagi untuk bahagian seterusnya kisah Ibadah Haji saya dan suami.

salam sayang
Hani Ismail
@haniismail.Com



%d bloggers like this: