Pasti ramai yang dah merangka-rangka apa yang nak dicapai pada tahun 2019 ni kan.  Ada yang senaraikan impian baru, tak kurang juga yang renew impian lama.

Kenapa perlu kita ada impian
Kenapa perlu sangat nak tulis2 impian ni
Ha! Jom ikuti apa yang saya nak kongsikan. Jemput baca hingga ke penghujung ye

Berani Melakar Impian

Pernah dengar tak, impian bila kita tulis, ia jadi satu GOAL atau TARGET , terutama bila kita tulis dengan terperinci beserta tarikh

Goal, apabila dipecahkan atau diperincikan lagi kepada STEP, ia kan menjadi PLAN

PLAN yang diikuti dengan TINDAKAN, akan membantu   kita untuk berusaha ke arah merealisasikan impian tersebut

Oleh sebab itu, kita perlu berani berimpian dan tuliskan apa yang diimpikan

Kalau simpan saja, ia hanya akan jadi ANGAN-ANGAN.  Jaga2 tau, kalau terlalu malu tak bertempat untuk tulis, untuk luahkan, share kan impian kita, akhirnya tanpa sedar kita menyekat peluang dan potensi diri kita untuk capai apa yang terbaik dalam hidup, sedangkan Allah dah jadikan kita makhluk yang sangat hebat.

Ini ingatan untuk saya sendiri he he. Nak follow joms !

Impian Saya Suatu Masa Dahulu

Saya yang dulu, ada impian biasa-biasa saja. Belajar bersungguh-sungguh, bergraduasi, kemudian kerja makan gaji dengan gaji yang boleh tahan, berkeluarga dan hidup bahagia.  Sekali-sekala pergi melancong.

Duit pula, saya tak rasa saya perlu banyak2 dan jadi kaya raya, kerana saya fikir, cukup sekadar boleh sara kehidupan, anak2 dan keluarga.

Tapi, bila dah masuk ke alam pekerjaan, berumahtangga dan banyak komitmen, rasa stuck juga walau gaji stabil.  Komitmen hidup sangat tinggi dan kita juga bukan hidup untuk kita dan keluarga kita saja.

Life is about giving and being.  Manusia yang paling bagus adalah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.  Saya mula berpegang pada ini. Nak jadi hamba yang terbaik di sisi Allah. Kita perlu jadi orang yang berada dalam segala aspek , bukan sekadar berada dari segi wang ringgit, supaya kita  dapat memberi kepada lebih ramai orang yang memerlukan.

Alhamdulillah, apabila saya buat bisnes Shaklee, barulah saya belajar berimpian yang besar2. Barulah saya buka minda yang orang Islam wajib kaya & Islam is high class.

Impian saya pada tahun 2019, akan melorongkan saya untuk capai impian jangka masa panjang saya, my ultimate goal.  Nak capai impian yang besar- besar mestilah bermula dengan target yang kecil.

Kita dah masuk bulan ke-2 tahun 2019. Kalau masih belum fikir apa nak capai, nanti tak sedar tahun 2019 akan berlalu begitu saja tanpa apa2 pencapaian.

So, jom baca apa yang saya nak sangat capai pada tahun 2019 ni dan tolong doakan agar saya dapat capai impian ini . Boleh boleh ?

  1. Capai income 5 ANGKA bersama Shaklee pada September 2019
  2. Dapat kumpul RM18,000 untuk bayaran installment rumah 1 tahun extra supaya dapat kurangkan jumlah installment dan cepatkan tamat bayaran.
  3. Bebas hutang pada  Jun 2019 (kecuali loan rumah)
  4. Dapat hafal surah Al-Mulk dan Al-Waqiah
  5. Trip ke Istanbul 100 peratus bajet saya, menggunakan bonus Shaklee
  6. Dapat capai CAR ACHIEVER Shaklee pada Mei 2019
  7. Lahirkan 10 leader hebat dalam TWB dan shaklee
  8. Konsisten sedekah tanpa gagal setiap minggu dan setiap hari
  9. Capai target berat badan 58 KG pada Mac 2019
  10. Saving 30K hanya dari income TWB dan Shaklee by Ogos 2019

So, ini 10 impian yang saya nak capai pada tahun 2019. Jom tulis impian anda dan mula hidupkan impian kita.

Saya doakan impian anda juga tercapai

%d bloggers like this: