Promosi Tingkatkan Tenaga dan Kecergasan yang selalu dipaparkan di media sosial banyak melibatkan produk tenaga dan ubat kuat. Lebih membahayakan jika produk tersebut tidak mempunyai sebarang bukti klinikal mengatakan ia selamat dan telah terbukti tiada meninggalkan kesan sampingan kepada pengamalnya.
Ia sangat bahaya jika tersebar dikalangan orang ramai yang tidak mempunyai asas pengetahuan yang kukuh tentang amalan hidup sihat, mak cik dan pakcik yang hanya percaya sahaja dengan iklan di dada akhbar juga adik-adik yang masih muda remaja. Ia merisaukan kerana mereka tiada kesedaran tentang bahaya dan ancaman mengambil sebarang produk tanpa mengkaji latar belakang produk tersebut terlebih dahulu.
Saya menyertai program Kempen Tingkatkan Tenaga dan Kecergasan Secara Semulajadi ini bagi menyampaikan dan menyebarkan kepada lebih ramai orang tentang bagaimana kita boleh lebih bertenaga dan cergas dengan selamat dan berkesan. Kempen ini dianjurkan oleh sifu blog saya dari oliess.com
Bagaimana Kempen Tingkatkan Tenaga ini Dilaksanakan
Moga kempen ini sedikit sebanyak dapat sampai ( reach ) kepada ramai orang dan moga artikel ini memberi manfaat kepada mereka yang membacanya
Tips Tingkatkan Tenaga dan Kecergasan Yang Dicadangkan
Jika kita pergi ke kedai-kedai jamu, terdapat banyak vitamin, herba, dan makanan tambahan yang dijual sebagai penggalak tenaga. Ada juga yang ditambah ke dalam minuman ringan dan makanan.
Tiada bukti saintifik yang menunjukkkan bahawa penggalak tenaga seperti ginseng dan guarana terbukti mampu meningkatkan tenaga.
Sebenarnya, terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan tahap tenaga semulajadi iaitu melalui perubahan gaya hidup kita.
Jom baca kupasan saya
Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk Tingkatkan Tenaga dan Kecergasan adalah:
Bersenam
Apabila kita melakukan senaman, kita pasti akan tidur dengan lebih nyenyak. Keadaan ini akan memberi sel-sel badan kita lebih banyak tenaga untuk membakar dan mengedarkan oksigen.
Mengawal Tekanan
Usaha elakkan diri kita dari berhadapan dengan stress. Ini apabila emosi kita tidak stabil, ia akan mengambil banyak tenaga dalam badan. Sekiranya berhadapan dengan tekanan, kita boleh cuba meluahkan kepada rakan terdekat juga boleh cuba melakukan yoga, taici dan juga hipnosis diri
Mengurangkan Beban Kerja
Kerja yang terlalu banyak di pejabat membawa kepada stress dan keletihan. Dalam hal ini kita perlu bijak mengatur tugasan yang dipertangungjawabkan dengan menentukan keutamaan setiap tugas. Boleh juga usahakan untuk membahagi- bahagikan kerja ( deligate) kepada rakan sekerja.
Ambil Sarapan Secara Tetap
Sarapan adalah menu utama yang tidak boleh ditinggalkan. Ada pepatah mengatakan bahawa “Breakfast is a King” . Pengambilan sarapan setiap hari akan menentukan tahap kecergasan anda sepanjang hari.
Minum Air Yang Mencukupi
Perlu minum air secukupnya sepanjang hari. Pengambilan air yang tidak mencukupi akan membawa kepada dehidrasi dan cepat merasa penat. Ia juga akan menyebabkan masalah kesihatan lain seperti sukar membuang air besar juga penyakit kencing kotor
Mengambil Hidangan Ringan Antara waktu Makan ( Snack )
Pengambilan snack yang baik seperti protein, atau kombinasi protein, fiber dan lemak adalah sangat baik untuk kecergasan badan. Ia juga boleh menghilangkan rasa lapar yang melampau apabila menjelang waktu makan utama. Ini membantu kita mengambil makanan dalam kuantiti yang betul.
Minum Secawan Kopi
Ada juga yang mencadangkan supaya berehat seketika sambil menghirup secawan kopi. Sememangnya , bila kita kepenatan, dapat menghirup kopi dan mendapat aroma nya yang enak, menyebabkan kita rasa relax dan santai. Tetapi saya kurang setuju dengan cadangan pengambilan kopi. Kerana setahu saya pengambilan kopi yang kerap akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan lain.
Boleh dapatkan info tentang kaitan kafein dengan peningkatan tenaga di dalam artikel yang pernah saya tulis sebelum ini. >> Sejauh Manakah Kafein Membantu Hilangkan Mengantuk dan Letih
Jika anda ada sebarang perkongsian berkaitan penulisan saya ini, jemput tinggalkan komen. Semoga ia juga bermanfaat untuk pengunjung ke haniismail.com. Anda juga boleh mengikuti perkongsian tentang kempen ini dari kawan saya Ayu di OhMyVitamin
Terima kasih atas info Kempen Tingkatkan Tenaga dan Kecergasan Secara Semulajadi. Tambah ilmu saya lagi
alhamdulillah, moga bermanfaat sis Fathimah
Alhamdulillah.. Banyak tips yang diberi.. Terima kasih
alhamdulillah, tq sudi baca.
Tips yang sangat menarik. Bagus ada kempen tingkatkan tenaga.
betul sangat. kalau asyik penat, semua keje tak jadi kan
Alhamdulillah asma, kongsi2 tips. moga bermanfaat
Bagus kempen ni. Banyak sharing yang kita dapat.
yup dear, ramai sangat yang alami tahap keletuhan melampau dek kerja yang berterusan tak habis2 kan