Assalamualaikum.

Saya doakan semua pembaca suristory.com dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam kasih sayang Allah.

Dah lama nak tulis berkenaan pengasingan sampah ni sebenarnya.  Dan saya juga sebenarnya masih try & error proses pengasingan sampah di rumah supaya mudah diikuti oleh  seisi keluarga.  Yang paling mencabar nak kena create 1 cara yang mudah dan boleh diikuti oleh anakanda2 yang masih kecil tu.

Sebagaimana anda semua sedia maklum arahan pengasingan sampah ni baru bermula pada 1 September lepas. Pelaksanaan perkara ini berdasarkan Peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Tapi tak semua kawasan terlibat, so mungkin ramai yang belum tahu.  Ia melibatkan kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah dan jika tidak berbuat demikian akan di kenakan kompaun sebanyak RM50

Oleh kerana saya tinggal di negeri Perlis Yang Permai Lagi Mempesona ( ini tagline negeri kami k !), maka saya wajib ambil tahu.


Sebarang info juga boleh rujuk ke FB Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN)
dan juga laman web KPKT
3 langkah untuk mulakan Projek Kitar Semula

So, apakah tindakan yang perlu kita buat untuk memulakan projek kitar semula ni yer? Jom baca

PERTAMA : Kita perlu asingkan sampah mengikut jenisnya.  So kita kena tau jenis- jenis sisa tu dulu:

1. Sisa Baki
Sisa yang tidak boleh dikitar semula dan akan dilupuskan di pusat pelupusan. Ikat sisa dengan kemas kemudian letakkan ke dalam tong sampah, kutipan akan dilakukan 2 kali semiggu.
2. Sisa Kertas
Sisa yang dihasilkan daripada kertas dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan ditepi tong sampah, kutipan akan dilakukan sekali seminggu.
3. Sisa Plastik
Sisa yang dihasilkan daripada plastik dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan ditepi tong sampah, kutipan akan dilakukan sekali seminggu.
4. Sisa Lain-lain
Sisa selain daripada sisa baki, kertas dan plastik. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik, jika terlalu besar, letakkan dgn kemas ditepi tong sampah. kutipan akan dilakukan sekali seminggu.

KEDUA : Simpan sementara dalam bekas yang sesuai
KETIGA : Letakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan

Kenali Jenis-jenis Sisa
Lain-lain Sisa

Jadual Kutipan

Boleh hubungi no telefon tertera untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan hari kutipan.

Ha, cemana? dah ada maklumat ni pun sebenarnya saya masih keliru cemana nak buat. kena try & error gak sebenarnya.  Harap2 ada kursus berkenaan perkara ni kan.

Sumber: JPSPN

Insyaallah ada kelapangan nanti saya sambung di next entry. Sila tinggalkan komen sebarang perkongsian dari pembaca sekalian.

Salam Sayang
Hani Ismail
%d bloggers like this: