Assalamualaikum.
Saya doakan semua pembaca blog SuriStory.Com dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dikasihi Allah S.W.T.
Hari ni saya nak share sket tentang BLOGWALKING. Sebagai blog baru, masih banyak yang saya perlu belajar. Dalam group bisnes saya, kami diberikan master checklist untuk dilakukan setiap hari.
Bestnya kumpulan kami, mentor-mentor telah sediakan laluan yang jelas untuk memajukan diri dalam menjalankan perniagaan Shaklee. Laluan-laluan ini mereka dah lalui, mereka dah jumpa masalah, dari situ mereka dah sediakan highway yang betul untuk digunapakai oleh anak-anak didik baru yang ingin berjaya dalam bisnes ini.
Ilmu2 yang dikongsi bukan saja berkaitan bisnes , tapi ia menyeluruh dan mencakupi seluruh aspek kehidupan terutama hubungan kita dengan Allah yang Maha Berkuasa.
Oleh kerana bisnes Shaklee ni, kami lakukan 90% secara online, maka ilmu2 IT juga banyak diajar dan dikongsi. Jadi bagi anda yang kurang mahir dalam IT, insyaallah akan dibimbing sehingga boleh menghasilkan blog yang efektif dan mendatangkan keuntungan.
Salah satu task dalam Master Checklist kami adalah BLOGWALKING.
Jom kita tengok cemana cara nak buat EFFECTIVE BLOGWALKING
Tujuan Blogwalking
Aktiviti lawatan ke blog-blog lain. Ia sangat digalakkan kepada semua blogger baharu..(macam saya he he). Ia adalah cara yang efektif untuk menarik trafik ke blog baharu.
Selain itu, BW juga bertujuan untuk promosi blog kita, merapatkan silaturrahim sesama blogger, menambah ilmu baru daripada rakan blogger lain dan juga untuk dapatkan backlink.
Cara Blogwalking
Nak blogwalking ni mudah je. Kita hanya perlu pergi jenjalan ke blog lain dan tinggalkan jejak dan bertanya khabar atau share apa2 jer.
Hmmm, nampak mudah tu kan ! Senang tapi susah juga rupanya blogwalking nih. napa yer?
Cabaran Blogwalking
Nak buat sesuatu untuk capai kejayaan mestilah ada cabarannya kan.
Tapi cabaran blogwalking ni lebih kepada cabaran dari dalam diri blogger sendiri.
Cabaran utama adalah kekangan masa dan kelajuan internet
Kekangan masa ni bukan apa, sebab untuk blogwalking ni kita kena kunjungi banyak blog dalam sehari tau , dan ia mestilah konsisten. Kita boleh bermula dengan buat target kita per day. Blogger2 otai biasanya buat banyak BW dalam sehari.
Software blogwalking pula, saya tak pernah cuba. Bagi saya, saya nak BW secara manual dulu. Itu lebih baik bagi blogger baru.
Tips Blogwalking Efektif Bagi Blogger Baru
Oleh kerana saya juga blogger baru, dan masa saya menulis ni blog saya baru ada 4 follower. uhuk uhuk. Marilah kita sama2 aplikasi tips yang saya dapat dari sumber ni. Kalau tak menjadi saya nak hello2 abg blogger ni . ha ha. >> SUMBER
1. Pilih Blog Popular. Kita digalakkan BW ke blog yang dah lama bertapak dan terkenal. Antaranya Denaihati.com, Hasrulhassan.com, Ahmadfaizal.com. Untuk permulaan abg blogger tu cadangkan 3 blog ni je dulu. Sebab ini adalah antara Malaysia Best Blog 2015
2. Kembangkan Lawatan BW. Dari 3 blog tadi, kita kena cari pula nama-nama blog lain yang suka dan aktif komen di blog tersebut. Boleh juga lihat jika di sidebar disediakan widget Top Commentator di blog tersebut. Dari sini akan berkembang dan bertambahlah senarai blog yang kita perlu lawati. Kebarangkalian tinggi mereka ini adalah blogger yang aktif.
3. Buat Pemilihan Blog. Beberapa blog yang perlu kita elakkan
- Blog lucah – no no no, reject terus !
- Blog yang banyak popup
- Blog yang berat, loading nya lama dan amik masa.
- Blog itu memudahkan kita untuk meninggalkan komen
4. NO SPAM. Jangan sekali – kali SPAM ruangan komen blogger lain. Kita perlu berhemak semasa berkunjung ke rumah orang lain kan.
5. Komen yang Baik. Pastikan anda baca dulu isi post blogger tu, then berikan komen yang baik.
6. Jadi Pengomen Tegar. Anda mesti jadi pengomen yang konsisten dan kerap komen di blog tersebut. Lebih baik jika blog tersebut ada widget Top Commentator.
Usaha mesti sungguh2. Modal kita adalah masa dan usaha yang tak pernah jemu.
kena bersusah pada awal.. insyallah, bl sampai tahap, kt x perlu bersusah seperti awal.. yg penting.. ISI blog itu kena bersesuaian.. cari stu artikel yg menarik minat blogger lain membaca.. macam sya skrg . sy tertarik dgn artikel ini.. tu masuk dan baca.. 🙂 salam kenal
Jom terjah Blog Nurfuzie.com
ya sungguh menarik pengisiannya…
sehari 50 bw seperti sukar…tapi bila dah menjadi kebiasaan..
lama-lama semakin lancar…
salam kenal…:)
menarik info ni
tq. saya budak baru belajar. salam kenal. banyak info di blog nurfuzie. ingin saya berguru. 🙂
tq farah. kita sama2 belajar..all d best to farah & team
tq dear raihanah. salan perkenalan
tq dear raihanah. salan perkenalan