Melancong ke Bangkok? Best ke ?  Lagi BEST kalau dapat melancong secara PERCUMA kan!

Siapa yang tiada Impian Melancong ke luar negara, berangan nak keliling dunia bersama orang tersayang kan.
Rasanya melancong ni impian hampir semua orang.  Selain boleh menggembirakan hati, menghilangkan stress,  merapatkan hubungan , ada banyak lagi manfaat yang kita boleh dapat dari aktiviti melancong.  Saya sendiri dari sebelum kahwin lagi dah berangan-angan nak melancong keliling dunia dengan suami.  Padahal masa tu calon suami pun belum ada lagi he he.

Apabila kita melawat sesuatu tempat yang baru, kita dapat memahami tentang persamaan dan perbezaan tempat-tempat di seluruh dunia.  Kita akan sedar bahawa banyak lagi perkara yang kita perlu pelajari dalam dunia ini.
Kalau berpeluang bawa anak-anak melancong, anak-anak akan lebih luas pengetahuan dan pandangan mereka.   Pengalaman melancong ini tidak akan dapat di beli dengan wang ringgit. Ia pengalaman yang sangat best.  Kita dapat melihat  dunia luar dan sangat  teruja mentaddabur dunia milik Allah yang luas ini.

Impian Melancong Yang Kian Hilang

Sebelum bekerja dan berumahtangga, impian melancong memang menggunung, masa awal kahwin pun sama.  Tapi tau tak, impian tu dah semakin lama semakin lenyap.  Bukan sebab tak nak melancong, tapi makin lama, saya rasa melancong ni untuk orang yang mampu saja.  Masa baru bekerja dan baru mendirikan rumahtangga, gaji suami isteri pun belum besar.  Zaman 90an, tangga gaji masa tu untuk degree adalah RM1000+ saja .. Saya pun dah hampir lupa. Masa mula2 tu saya kerja di sebuah firma arkitek.  Tak silap saya gaji starting RM1700.

Saya dan suami juga takdelah jenis impian tinggi2.  Tapikan, jauh disudut hati, saya sebenarnya nakkk sangat melancong, cuma  bila suami seorang yang berjimat cermat, maka saya pun akur.  Kami utamakan perkara yang asas dulu.  Tapi kemudiannya, selepas keluarga makin besar, ada anak2 kecil, bajet meningkat dan bila nak travel pun rasa tak selesa dengan anak2 yang masih kecil.  Maka impian melancong  tu terus terkubur.  Macam takde langsung impian dah.  Nak tau impian saya nak melancong ke mana?  Saya teringin nak melancong ke Jepun, Turki, Switzerland, London, Australia, banyak lah.  Tempat luar negara yang saya pernah pergi masa zaman belajar dulu ke negara jiran aje, Melancong ke Bangkok dengan field trip kelas.Itupun edisi bajet gila ha ha.

Jadi , bayangkan lah berapa lama impian saya nak melancong ni terkubur.  Kalau dikira dari masa belajar, tahun 2000 tamat degree. Lama tu berbelas tahun.  Mungkin anda juga macam saya, mungkin anda tak perasan yang suatu masa dulu anda juga pernah ada impian.

Melancong ke Bangkok, Impian Melancong Jadi Kenyataan

Alhamdulillah, pada 2009 saya dan suami decide untuk menunaikan umrah.  Hasrat kami, sebelum kami melancong ke merata ceruk dunia, kami mesti jejak kaki ke rumah Allah terlebih dahulu.  Untuk pergi haji pun kami dah daftar, cuma kena tunggu giliran yang lambat lagi.  Ini lah kali pertama saya feeling2 melancong, naik flight 7-8 jam.  Masa honeymoon dulu, kami pi Langkawi saja.  Tapi masa pergi umrah ni, saya sedang mengandung anak ke-3.  Jadi takde lah lasak sangat.  Pergi pun untuk beribadah kan.

Eh! Ini bukan saya yang pergi Free Trip Shaklee, Nak tau cerita, jom baca lagi 

Kemudian, peluang terbuka luas, impian yang tenggelam dan terkubur baru mekar segar macam dalam taman ada bunga.  Saya join Bisnes Shaklee pada penghujung tahun 2014.  Bila join Bisnes Shaklee, barulah sedar yang kita semua perlu ada impian yang besar.  Kena kuat berangan dan kena ada vision. Sebelum tu, bukan saya takde join bisnes lain, nanti saya cerita tentang bisnes lain yang pernah saya ceburi.  Tapi, saya tak jumpa dalam bisnes lain, peluang yang terbentang luas macam yang Shaklee ada.  Ok, long story short cutnya, saya berjaya dapat Free Trip Shaklee hasil saya berjaya rank up dari Distributor ke Supervisor dan qualified syarat yang Shaklee tentukan.  Saya dapat fight trip Melancong ke Bangkok.  Alhamdulillah, gembira tak terkata rasanya. Walaupun ia hanya regional trip, tapi saya tetap bersyukur.  kalau tak mula dengan yang kecil , manakan dapat yang besar kan.

Ini semua membuka mata saya, yang impian dalam Bisnes Shaklee ni boleh dicapai.  Saya juga menyaksikan banyak proven testimoni dari master2 upline saya yang dah travel merata dunia dengan Free Trip Shaklee.  Dan yang best nya, trip Shaklee bukan trip bajet,Free Trip Shaklee adalah 5 Star Trip yang super2 best !

Hadiah Melancong ke Bangkok PERCUMA Dari Shaklee

Alkisahnya, akhirnya dapatlah surat makluman dari Shaklee.  Gembira tak terkata, sebab surat ni yang menyatakan bahawa kita qualified.  Masa ni, saya doa banyak2.  ” Ya Allah, mohon dapat lagi rezeki macam ni untuk aku bawa anak2 dan suami sama rasa pengalaman yang sangat best ni “

5 ASIA TRIP, Siap dengan Maklumat  Terperinci Flight. Best nyaaa !

Masa dapat confirmation ni, masih bincang dengan suami, macamana nak pergi, sebab masa ni Dayana pun kecil lagi.  Akhirnya, saya dengan jelesnya , hadiahkan Free Trip Shaklee, Melancong ke Bangkok  ni kepada suami saya.  Lagipun, adik saya juga dapat trip yang sama, dan dia pun hadiahkan juga trip ni pada suami dia, so bolehla diaorang jadi roomate kat sana.  Mohon doa kami dapat trip lagi besar lepas ni .  Aaamin

Itinerary Melancong ke Bangkok

Selepas terima surat, Shaklee sentiasa update tentang perjalanan ni. Mak ai jeles betul.  Sebab kita yang terima semua info dari Shaklee ni, kitalah yang reply segala details yang Shaklee minta.  Bertuah betul Sayangku Encik Suami he he.

Jeng Jeng Jeng ! Tengok cover Itinerary pun, dah terbakar  ni!

Ini Pembahagian Group oleh Shaklee, semua arrangement Shaklee setel


Bestnya ! Tersusun perancangan yang Shaklee dah atur.
Ini Itinerary Day 1 & Day 2

Untuk Day 1, mereka akan dibawa ke Grand Palace, check in dan malam nya pergi welcome dinner atas cruise. Oh Jelesnya ! Dah puluh kali pesan kat hubby amik gambar banyak2 masa ni.
Day 2 pula pergi Floating Market

Itinerary Day 3 dn Day 4
Yang ni lagi jeles, Aktiviti Shopping dan makan2

Shaklee sentiasa update di emel dan sms
Sangat caring Shaklee ni & sangat meraikan Business Leader

Fuh ! Memang terbakar tengok Itinerary yang Shaklee buat ni, Di Bangkok mereka akan menginap di Amari Watergate Hotel.  Jadinya, saya pun dah google la, tak sabar nak tau macamana hotel yang husband akan stay nanti.  Melancong ke Bangkok dengan Shaklee , memang saya dah agak , mereka akan pilih hotel-hotel yang top. Amari Watergate Hotel ni hotel 5 Bintang tau.  Jom layan gambar dulu. Ihsan dari Google

View Hotel dari luar.  Terletak di tengah- tengah Kota Bangkok.  Gambar dari Agoda

View di Ruang Lobi yang nampak mewah. Gambar dari Agoda

Suasana di Bilik Tidur.  Nampak mewah ruang ni kan. Gambar dari Agoda

Nampaknya, memang kena buat bisnes ni sungguh2, Tak pergi lagi rasa dah best sangat2 ni.  Insyaallah nanti saya sambung entry bila En Suami dah balik.  Harap2 dia rajin ambil gambar banyak2 untuk isteri tercinta dia ni he he.

Join team kami untuk peluang bisnes yang sangat awesome !

Hubungi Kak Hani untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE

HANI 019-4771175

 

 

 

 

 

 

 

%d bloggers like this: