Mobile Spa Bisnes Ideal Untuk Surirumah
Kali ni jom kita sembang-sembang pula tentang topik ni. Sebelum itu, terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang ke blog haniismail.com . Di sini saya berkongsi tentang Inspirasi Kejayaan dan Juga Inspirasi untuk Wanita Sentiasa Sihat, Cantik dan Awet Muda, Kurus itu Bonus ! Siapa wanita yang tak nak semua tu kan.
Tahniah dan selamat datang juga anda ke entry ini. Maybe anda adalah seorang surirumah tangga yang sedang mencari-cari peluang untuk buat bisnes dari rumah, atau anda sekarang masih bekerja dan sedang plan untuk berhenti kerja satu hari nanti. Tak kira siapa anda, sebenarnya bisnes Mobile Spa ini adalah bisnes yang sangat sesuai untuk wanita pelbagai latarbelakang. Dan semestinya team kami juga mempunyai ramai surirumah yang dah dapat ubah kehidupan jadi surirumah yang ada pendapatan sendiri dan dapat pula merasai life seperti eksekutif yang bekerja.
Mobile Spa Bisnes Ideal Untuk Surirumah Yang Tiada Income
Suatu masa dulu, menjadi surirumah adalah sesuatu yang biasa, maksud saya wanita masih rasa boleh survive dan ‘selamat’ di rumah. Tapi dalam zaman serba mencabar ini, kos sara hidup tinggi, ia telah menjadi satu keadaan yang membimbangkan. Apabila tiada income sendiri, wanita akan rasa susah untuk berbelanja, rasa malu untuk minta suami, terasa diri dipandang rendah, terpaksa lupa impian sendiri dan lebih membimbangkan jika ditimpa musibah.
Disekeliling kita, sangat kerap mendengar kisah suami yang dijemput ilahi akibat serangan jantung dan sebagainya. Serangan jantung sangat sering saya dengar, terjadi di kalangan suami kawan-kawan terdekat saya. Dan, mereka adalah antara mereka yang aktif dan sihat.
Bagi saya ‘tak selamat’ lagi seorang wanita bergantung sepenuhnya pada pendapatan suami sahaja.
Mobile Spa Bisnes sangat Ideal untuk Surirumah seperti anda yang sedang mencari jalan keluar untuk menambah pendapatan dan backup diri anda dan anak-anak.
Sangat ramai surirumah yang dah berjaya jana pendapatan dari rumah melalui bisnes mobile spa ini.
Mobile Spa Bisnes Ideal Untuk Surirumah Yang Tiada Social Life
Apabila menjadi surirumah, kehidupan sosial dah tentu agak terhad. Ramai wanita kekurangan kawan, kurang pendedahan kepada dunia luar, tidak up to date, sentiasa rasa rendah diri, apabila berjumpa kawan- kawan atau saudara mara suami pasti akan berasa malu dan rendah diri.
Ada juga perasaan berasa kurang bijak dihadapan anak dan suami. Ini semua membawa kepada rasa very low self confident kepada wanita.
Mobile Spa Bisnes di bawah projek The Walking Beauty sangat menyokong para wanita untuk gain more self confident dan kita sangat tekankan agar wanita berusaha menjadi Surirumah High Class melalui bisnes ini.
Mobile Spa Bisnes Ideal Untuk Surirumah Yang Nak Ubah Kehidupan
Apabila tidak bekerja, wanita biasanya melupakan impian dan cita-cita. Tetapi bukankah dahulu, kita dari kecil ada impian untuk kehidupan yang lebih baik. Untuk diri sendiri , untuk bahagiakan ibu ayah dan anak-anak.
Anda pernah impikan nak life bagaimana? Ada duit, boleh beli keperluan untuk sihat dan cantik, boleh bukti pada suami yang kita isteri yg bijak, boleh belanja suami melancong, boleh beri keselesaan untuk ibu ayah, boleh bersedekah, boleh beri keperluan yang anak-anak minta.
Kita sendiri nak cipta kejayaan untuk diri sendiri.
Melalui Bisnes Mobile Spa TWB insyaallah anda boleh capai semua tu. Kita ada income 6 penjuru, ia juga adalah long term bisnes kerana kita pair dengan Sistem Shaklee.
Selain itu kita ada ukhuwah yang snagat kuat dalam TWB, ada ilmu online offline dan dengan sistem shaklee, anda berpeluang merasai life seperti wanita bekerjaya.
Ramai tau surirumah yang hadir conference ni.
5 Sebab Mobile Spa Bisnes Ideal Untuk Surirumah
Apa yang saya kongsi diatas adalah faktor-faktor penting mengapa Mobile Spa ini sangat ideal untuk wanita atau surirumah yang TIADA INCOME, YANG TIADA SOCIAL LIFE dan YANG NAK UBAH KEHIDUPAN. JAdi berikut, saya nak kongsikan pula apakah Ciri-Ciri Bisnes Mobile Spa yang menyebabkan ia sangat sesuai untuk dilaksanakan oleh seorang Surirumah.
Ilmu Mudah & Fleksibel
Ilmu dan kemahiran yang kita ajar khususnya dalam Pakej Mobile Spa TWB adalah sangat mudah. Kita kongsikan Teknik Servis Spa yang sangat Simple dan Praktikal juga Teknik Mudah untuk anda Set Up Spa Atas JENAMA Anda Sendiri. Skill yang dipelajari boleh digunakan dimana-mana, pada bila-bila masa. Tiada kekangan nak bawa peralatan yang besar dan kompleks. Masa servis juga sangat fleksibel dan anda boleh tentukan mengikut masa anda sendiri.
Training 1 to 1
Training kita boleh dijalankan walaupun hanya anda seorang yang mendaftar. Maksudnya anda tak perlu tunggu cukup peserta baru boleh belajar. Kelebihan kursus yang kita buat secara 1 to 1 adalah anda akan dapat belajar dengan lebih jelas, tumpuan trainer hanya pada anda. Anda juga boleh bawa anak bersama jika tiada yang dapat jaga anak anda semasa anda berkursus. Training kita sangat fleksibel sebab kita dah ambil kira kekangan yang dihadapi seorang surirumah. Jka kursus dibuat dalam kumpulan yang ramaia dan dibuat di premis perniagaan, anda mungkin terhad untuk bawa anak.
Modal Minima
Dulu-dulu, bila sebut nak buat bisnes spa, mesti terbayang besar betul modal yang diperlukan untuk buka sebuah kedai atau butik kecantikan. Tetapi, oleh kerana permintan tinggi dalam spa dan wanita kini semakin sibuk untuk berkunjung ke pusat spa, maka peluang terbuka luas untuk usahawan Spa Tanpa Kedai merebut peluang ini. Untuk mulakan Bisnes Mobile Spa Tanpa Kedai anda hanya perlukan modal yang sangat minima, serendah RM2000 pun dah boleh mula.
Jika anda google diluar sana, mungkin anda jumpa kursus serendah RM300-RM500, taoi anda perlu semak apakah yang disediakan. Biasanya hanya belajar 1 moudul uiaitu Facial dan tidak dapat kelengkapan yang mencukupi.
Di TWB, kami tak mulakan dengan modal yang terlalu murah sebab kita sediakan segala kelengkapan yang sangat IDEAL untuk seorang surirumah boleh mulakan bisnes Mobile Spa ini serta merta sebaik tamat kursus. Mulai bulan Mac 2019, kami tawarkan dua pakej kursus yang sangat berbaloi.
Pakej Kursus Mobile Spa TWB
Bimbingan & Promosi Berterusan
Setelah anda berkursus da bergelar Alumni TWB, anda akan mendapat bimbingan berterusan dari team TWB. Anda akan diajar step by step untuk mulakan promosi dan fokus kita adalah untuk pastikan anda mendapat semula modal yang dikelurkan sepantas 1 bulan.
Kelas Online & Offline Berterusan
Selain berkaitan spa, anda juga akan dapat belajar tentang marketing, nutrisi, tips2 kecantikan dan kesihatan. malahan, ayat-ayat amrketing juga telah tersedia untuk anda jalankan promosi. Jadi ia sangat sesuai dengan jadual anda sebagai surirumah yang sangat padat.
5 Langkah Untuk Surirumah Mulakan Mobile Spa Bisnes
Saya sangat berbesar hati jika info yang saya share ini sedikit sebanyak dapat memberi anda idea untuk mulakan bisnes di rumah khususnya Bisnes Mobile Spa. Saya doakan semoga anda dipermudahkan urusan dan dapat buat pilihan yang terbaik. Jika berminat untuk join team spa kami The Walking Beauty, boleh hubungi saya di whatsapp yang disertakan di bawah. Ada beberapa perkara yang anda sendiri perlu buat sebelum memilih. Pilihan untuk mulakan sesuatu yang baru di tangan kita, jika kita nak berubah, kita perlu buat tindakan segera. Berikut antara perkara yang boleh kita lakukan bila nak mula sesuatu yang baru dalam hidup kita.
- Berdoa dan mohon agar Allah beri petunjuk
- Apabila kita dah jumpa peluang yang baik, teliti secara detail, lihat juga contoh mereka yang dah berjaya
- Lakukan Solat istikharah
- Mula fikirkan cara untuk sediakan modal dan mohion Allah permudahkan
- Sertai training dan terus manfaatkan ilmu yang dah diperolehi.
Jika anda perlukan maklumat lain berkaitan Bisnes Mobile Spa, boleh teruskan bacaan di penulisan saya yang terdahulu
Bisnes Mobile Spa – Trend Bisnes Yang Semakin Mendapat Sambutan Masa Kini
Saat Magika Bersama TWB – Journey Mencipta Impian Luarbiasa
Betulke Boleh Buat Duit Dengan Mobile Spa
Untuk info lanjut dan sebarang pertanyaan, boleh whatsapp kat bawah ye.
Recent Comments