Assalamualaikum

Saya doakan semua pembaca suristory.com sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Kali ni saya nak share resepi simple2 yg saya sediakan utk anak2.  Nak bagi nama pon taktau.  Kira seangkatan dengan carbonara la kot.
Takde google  mana2 resepi sbb kebanyakan yang jumpa sebelum ni pun bahan2 banyak sangat dan susah nak dapat. (alasan he he)
So, jadi la resepi campak2 suka hati mom jer. Yang penting anak2 suka.

RESEPI PASTA CARBONARA ALA SURI (nama ikut suka hati)

Bahan2:
Untuk kuah
1 biji bawang holland
2 ulas bawang putih
2 keping isi dari dada ayam, dicincang ( saya cuba elakkan guna yg proses punya)
2 tsp lada hitam hancur (bukan serbuk halus tau )
Cheese – cheddar, parmesan dan mozarella ( terpulang pada selera memasing)
Susu segar
Garam secukup rasa.

Cara2:
1. tumis bawang holland dadu dan bawang putih
2. masukkan ayam dan lada hitam
3. tumis hingga bawang layu dan naik bau, isi ayam separuh masak
4. masukkan susu cair, garam
5. masukkan cheese, perlahankan api dan kacau perlahan.
Siap !

Hidangkan bersama pasta pilihan . Anak2 saya suka sangat spiral colourful ni

Bahan2 dan cara menyediakan kuah
Siap utk di makan !
bekpes sebelum abang2 pergi sekolah. 
Simple jer
Sekian, selamat mencuba
Salam sayang
Hani Ismail
@ SuriStory.Com
cerita biasa2 saja
%d bloggers like this: