Rahsia Kulit Cantik memang menjadi carian tertinggi di enjin carian. Jelas sekali yang ia merupakan “concern” yang utama bagi wanita. Tak dinafikan, ia merupakan penyebab kenapa munculnya ramai jutawan kosmetik di Malaysia ni. Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Apatah lagi bila dengar ada produk yang boleh cepat putih dan gebu. Ada bahan kimia pun apa ku kesah.
Tapi berbaloikah menggunakan produk yang ada bahan kimia berbahaya yang boleh memutih dan mencantikkan kulit , tapi dalam masa sama ada risiko dan kesan sampingan yang sangat teruk bila berhenti guna produk tu.
Kami tau kerana kami menjalankan spa dibawah projek The Walking Beauty dan menggunakan 100% produk Shaklee. Ramai customer yang datang dengan kulit wajah yang merah-merah, berjerawat tak kurang juga yang macam terbakar. Teruk betul penangan produk sampah dipasaran kan. Moga rakyat Malaysia lebih celik dalam memilih produk yang nak letak di wajah masin-gmasing
Rahsia Kulit Cantik Terletak Pada Rutin Penjagaan
Nak cantik , tiada jalan singkat. “Beauty is Pain” , biasa dengar pepatah ni? Jangan Pain selepas dah beauty guna produk yang ada bahan kimia berbahaya. Biarlah kita “pain” dulu, Baru berbaloi dapat kulit cantik selepas tu
Sebenarnya, bukan “pain” sangat nak jaga kulit supaya cantik. Cuma kena ada sifat kerajinan yang tinggi. Lakukan semua step rutin penjagaan yang betul. Ramai yang dah tahu, tapi masih malas dan buat-buat tak tahu. Lepas tu mula lah bebel kata malu dengan kulit kusam, malu nampak tua dari suami, malu nak bergambar, malu nak jumpa orang. Eh! Akak dah bebel pula he he.
Sebab tu lah tajuk ni macam nak marah je kan. Rahsia Kulit Cantik Yang Ramai Dah Tau Tapi Ruginya Malas Nak Buat. Amacam, sampai ke jantung hati tak tajuk ni. Jom lah kita cecantik sama-sama2
Mencuci Solekan
Pastikan anda sentiasa mencuci solekan di muka terutama sebelum tidur , walaupun anda hanya memakai bedak. Kulit perlu bernafas dari bahan-bahan solekan yang menyumbat pori-pori. Pastikan guna remover berasaskan minyak atau gel.
Tips: JIka anda tiada make-up remover, boleh gunakan minyak zaitun yang dititis pada facial cotton
Sangat penting melakukan penggelupasan satu atau dua kali seminggu untuk membuang lapisan kulit mati.
Tips: Boleh guna walnut yang dihancurkan dicampur yogurt sebagai bahan penggelupasan. Anti oksidan walnut sangat tinggi tau
Lindungi Kulit dari Pancaran Cahaya Matahari
Jangan sekali-kali redah saja keluar rumah tanpa pelindung. Anda wajib pakai krim pelindung sekurang-kurangnya SPF 15, SPF30. Tetapi ia bergantung kepada cuaca tempat kita berada. Di Malaysia wajib bagi anda keluar rumah dengan memakai UV protection SPF50.
SPF iaitu Sun Protection Factor adalah pengganda yang memberitahu kita berapa lama kita boleh berada di bawah matahari tanpa risiko terbakar dengan memakai krim pelindung SPF. SPF yang elok juga adalah yang ada ciri ‘noncomedogenic’ atau ‘nonacnegenic’ kerana ia tidak menutup pori-pori.
Walaupun kita keluar pada waktu sejuk atau mendung, tidak panas terik, kita masih wajib kenakan sapuan SPF di kulit wajah sebelum keluar.
Kita adalah Apa Yang Kita Makan
Jaga pengambilan makanan kita setiap waktu, seeloknya buat catatan. Pilih buah-buahan segar, sayur protein .
dan vitamin secukupnya. Nak kulit berseri mesti pilih diet yang kaya vitamin C, rendah lemak dan rendah gula
Antara makanan yang sangat baik untuk kesihatan kulit adalah Lemak Ikan, Avocado, Walnut, Biji Bunga Matahari, Nrokoli, Tomato serta pelbagai sayuran dan buah-buahan
Makanan Untuk Kulit Cantik
Sumber : Urban Laser Spa
Elakkan makanan yang pedas, garam berlebihan, yang manis-manis dan makanan goreng.
Senaman Teratur dan Konsisten
Wajib anda lakukan senaman yang konsisten. Ia akan dapat menampung peredaran darah yang diperlukan dan juga boleh mempercepatkan proses pembersihan.
Kesan dari bersenam, akan menaikkan seri wajah anda. Kalau dah lama tak buat, boleh mula dari sekarang.
Tidur yang Mencukupi
Perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Jika tidak , ia akan menyebabkan kulit keletihan, kulit dan bentuk wajah mula jatuh (sag). Jangan sekali-kali lupa mencuci dan melembapkan kulit sebelum tidur.
Tips: Amalkan sapuan madu asli di wajah bagi menegangkan dan menyembuhkan kulit
Kuantiti Air Mencukupi
Anda disarankan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Atau gunakan nisbah 1 Liter Air bersamaan 25 KG berat kita. So lagi berat tubuh kita, lagi banyak lah keperluan air harian.
Kulit juga seperti organ lain, diperbuat daripada beberapa sel. Sel kulit sangat memerlukan air untuk berfungsi dengan baik
Ia dapat melembapkan kulit dan memberi nutrien kepada sel kulit, mengekalkan kulit yang terhidrat dan bersinar dan ini meningkatkan seri kulit.
Hari Spa Setiap Hari (Spa Day)
Berapa kali anda mengunjungi spa? Wanita bila dah sibuk dengan urusan seharian, urusan kerja di tempat kerja dan juga kesibukan menguruskan keluarga, memang selalu tak sempat pergi spa. Nak dapatkan rutin ke spa sebulan sekali pun susah, betul tak?
Seriously, semenjak saya join bisnes spa The Walking Beauty Project, sangat ramai customer yang rata-rata meluahkan rasa syukur sebab adanya servis spa bergerak. Jadi diaorang dah boleh ber spa kat rumah sendiri je. Awas tau, kesibukan anda yang akan menampakkan anda lebih tua dari usia, sebab anda stress dan penat sangat, tiada rehat. Saya ada tulis dalam entry Bisnes Mobile Spa – Trend Bisnes Yang Semakin Mendapat Sambutan Masa Kini tentang trend terkini rawatan spa.
Boleh buat self spa di rumah setiap hari. Takkan nak buat spa sebulan sekali saja kan, sedangkan tiap hari kita boleh buat sendiri. Hanya lakukan yang asas, untuk rawatan spa yang lebih advance seperti buang blackhead, whitehead, masker, peeling , boleh dilakukan 1 atau 2 minggu sekali. Tetapi rutin asas mencuci , melembab, mengurut wajah untuk peredaran darah yang lebih baik, anda boleh lakukan setiap hari.
Rahsia Kulit Cantik Dari Dalam
Tidak dinafikan, sebagaimana yang saya dah tulis di atas, Kita adalah apa yag kita makan.
Untuk dapatkan kulit yang cantik, wajib jaga pemakanan kita
Minum Air
Minum air yang banyak untuk kulit yang lebih cantik , seperti yang diterangkan di atas tadi. Ini sebenarnya Rahsia Kulit Cantik yang sangat mudah dan murah. Ruginya kita tak buat !
Kurangkan Minum Susu
Mengambil produk tenusu sebenarnya mengganggu fungsi usus yang menambah toksik dalam badan yang lama kelamaan akan memberi kesan kepada kulit anda.
Jika anda memilih untuk minum susu bagi keperluan kalsium, pilihlah susu yang berkualiti. Walaubagaimanapun, anda perlu tahu, segelas susu hanya membekalkan 300 mg kalsium, sedangkan keperluan kalsium orang dewasa adalah sekitar 1000 mg untuk lelaki dan 1200mg untuk wanita
Jadi lebih baik dapatkan sumber kalsium dari sumber berbentuk supplemen semulajadi. Boleh baca tentang kalsium hebat ini di entry Kelebihan Kalsium Ostematrix Shaklee
Minum Jus Hijau
Minum jus hijau atau Green Juice , bunyi macam alamak! tak boleh nak telan kan! Tapi, kalau anda tau kebaikannya, mesti wajibkan diri untuk telan setiap hari. Faedah jus untuk kulit sangat banyak. Apa yang kita masukkan dalam badan akan nampak atau dicerminkan melalui kulit kita.
Minum jus akan membantu kita mendapat nutrien yang diperlukan tubuh untuk menghilangkan toksin yang tidak diingini. Toksin jahat ni lah penyebab kulit kita nampak kusam, berjerawat dan bermacam masalah kulit lagi. Ia termasuklah menampakkan kulit kita lebih tua berbanding usia
Sumber : Everydayliving
Sumber: Pinterest
Pilih Skincare Yang Betul Rahsia Peroleh Kulit Cantik Berseri
Wanita biasanya tak dapat dipisahkan dengan produk kecantikan, betul tak? Dari umur belasan tahun lagi, secara semulajadinya, semasa bergelar gadis remaja, ramai yang dah mula ambil berat. Tapi tak semua yang macam tu kan, termasuklah saya sendiri. Konon2 sempoi dan natural beauty sangat, saya hanya guna sabun biasa je untuk cuci muka. Tak de langsung minat nak tahu tentang Rahsia Kulit Cantik masa tu.
Pada mulanya, saya langsung takde masalah kulit. Tapi mungkin masalah tu tunggu masa je nak keluar kan. Akhirnya pada tahun akhir saya belajar, saya mengalami masalah jerawat yang sangat teruk. Sampai naik give up rasanya. Sehingga saya ambil ubat dari doktor, ia masih tak menyelesaikan masalah saya 100%. Selepas berkahwin dan ada anak, jerawat berkurang, tapi masih berparut dan kulit wajah saya menampakkan tanda2 jeragat. Saya sangat pasti inilah akibatnya saya tidak ambil berat tentang penjagaan kulit semenjak remaja.
Jadi, macamana caranya kita nak pilih skincare yang betul dan sesuai dengan kulit kita kan?
Inilah antara Rahsia dapatkan Kulit Cantik yang kita semua perlu tahu.
Jom saya share sikit hasil pembacaan dan pengalaman saya
Antara tips memilih skincare yang betul adalah:
- Kenali Jenis Kulit Kita
Wajib untuk kita kenalpasti dahulu samada kulit kita dari jenis kulit normal atau kulit berminyak, kombinasi, kering ataupun kulit sensitif. Ada 5 jenis kulit, dah tentu penjagaannya berbeza antara jenis-jenis kulit ini.Sangat beruntung jika anda adalah dikalangan yang berkulit normal. Tak susah sangat nak jaga dan kelihatan cantik saja. Namun, bagi yang tidak memiliki kulit normal, perlu lebih berhati-hati dalam memilih skincare yang betul dan sesuai. - Pilih Skincare Yang Selamat dan Bebas Bahan Kimia Berbahaya
Kalau dulu, kita selalu hanya membeli skincare dari supermarket dan farmasi, tapi sekarang dah terlalu banyak pilihan produk penjagaan kulit yang muncul bak cendawan lepas hujan. Jutawan kosmetik sana sini muncul. Nak putih, nak gebu, nak flawless dalam 3 hari pun ada. Ngeri saya dengar, tapi kesiannya ramai yang tiada kesedaran untuk memilih produk yang terbukti selamat. Dulu, saya mula-mula tertipu juga, tengok kulit diaorang berkilat terfikir juga apa Rahsia Kulit Cantik yang diaorang amalkan. Tak nak lah cantik yang membahayakan diri sendiri.Semasa nak membeli, pastikan semak kandungan yang ada dan elakkan skincare yang mengandungi paraben, hidrokuinon, merkuri dan tretonoin. Kita perlu pastikan produk tersebut berdaftar dengan KKM dan semak juga latarbelakang syarikat.Pastikan kita tahu no siri produk kosmetik tersebut dan boleh buat semakan di laman ini >>> Natioanal Pharmaceutical Regulartory Agency , Kementerian Kesihatan Malaysia
Ramai yang tak tau sebenarnya, guna produk yang ada bahan kimia terlarang ni, memang muka jadi licin gebu berkilat, tapi kesan sampingan dia teruk tau! - Kenali Kandungan Bahan Aktif
Apa tu bahan aktif? Banyaknya nak kena baca !
Bahan aktif ni adalah bahan yang terdapat dalam kategori farmaseutikal yang aktif secara biologi. Antara contoh bahan aktif utama yang digunakan produk kecantikan adalah Alpha-Hydroxy acids (AHAs), Beta-hydroxy acid (salicylic acid), hydroquinone, kojic acid, retinol, dan lain-lain.
Untuk anti penuaan, ramai pakar menyenaraikan bahan aktif seperti Alpha-Lipoic Acid, Biotin, Caffeine, Ceramides, Coenzyme Q10 dan Green Tea.
Manakala bahan yang semulajadi pula adalah coconut oil, tea tree oil, apple cider vinegar, sea salt, avocado, argan oil dan banyak lagi - Baca dan Kaji Review dari Pengguna
Review dari pengguna sangat penting kita baca terlebih dahulu. Saya lebih cenderung untuk memilih atau membeli produk atau barangan yang mempunyai maklumbalas positif dari pengguna. Kena rajin sikit baca review dan testimoni . Tapi lebih bagus kalau tidak bergantung pada testimoni semata tetapi ada hasil kajian yang dipercayai keberkesanan sesuatu produk tersebut.
Skincare pun penting sangat kan. jadinya tak boleh lah kita cuma buat satu saja amalan, kena rajin dan konsisten amalkan semua tips Rahsia Kulit Cantik tu kan ! Jom layan video ni kejap.
Sebenarnya bila saya mula mengenali Shaklee, baharulah saya serius menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Dulunya saya malas nak makan any vitamin, semenjak kenal Shaklee, saya fall in love sangat dengan nutrisi, setelah consume supplemen Shaklee secara konsisten, barulah kulit saya semakin pulih dan mula kelihatan semakin sihat. Jadi, Rahsia Kulit Cantik sebenarnyab adalah dengan memastikan tubuh kita cukup nutrisi yang diperlukan.
Apabila kulit dah semakin sihat dari dalam, baharulah semangat nak guna skincare yang best. Yang best tu, Shaklee launch skincare baru menggantikan Nutriwhite pada bulan February 2018. Memang best sangat Youth ni. Dikeluarkan ke pasaran selepas 8 tahun kajian. Boleh baca tulisan saya berkenaan YOUTH SHAKLEE Regimen Penjagaan Kulit & Anti Penuaan .
Untuk info lanjut dan konsultasi berkaitan produk shaklee dan peluang bisnes dengan Shaklee , boleh whatsapp Kak Hani kat bawah ye.
Recent Comments