Salam sayang,

Saya doakan anda yang berkunjung ke blog inspirasi mama hani sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah. Moga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.
Tengku Dayana Aqeelah , puteri ke-4 hani sekarang dah masuk 14 bulan. Dayana ni paling bertuah berbanding abang2 dan kakak kerana dapat breastfeed sehingga hari ni.  Abang2 dan kakak dulu hanya menyusu 2 bulan je….itu pun dah mix dengan susu formula dlm masa 2 bulan tu.  Ya Allah, rasa sedih sangat bila mengingatkan…masa tu hani langsung tak ada ilmu tentang penyusuan. Bila start kerja semula, susu makin kurang dan terus stop.

Berbeza dgn dayana. semasa pregnant , hani mengalami alahan yang teruk, …memang standard la macam ni dari anak sulung semua sama…hingga boleh lost 5 kg…bulan ke 5 baru berat akan naik sikit itupun berat baby rasanya. Masa tu kawan suggest hani amik Shaklee utk kurangkan alahan dan bantu up hb yg sangat rendah. Memang below 10..kadang2 cecah 8. Dah macam2 ugutan cik misi bagi. Adoiiiii… hi hi, sapa yg alami hb rendah memang tau la kan cemana kena physico dgn misi  kikikikk. !!

Masa tu hani consume Shaklee, tapi amik tak konsisten, sbb dgn alahan tu nak telan B-complex rasa tak tertelan hi hi. Tapi Alhamdulillah paksa jugak…badan rasa kuat sedikit nak banding dgn pregnant dulu2.  Then …bila bersalin pun hani teruskan dengan set menyusu. Kebetulan Dayana pulak masa tu kena tahan wad 1 minggu sbb ada jangkitan kuman dalam paru-paru. Jadi bermulalah hani mengepam susu dan hantar ke hospital sebab hani tak boleh direct bfeed. Badan baby penuh dengan tube oksigen dan antibiotik. Hani teruskan usaha untuk buat stok susu, tapi tak dpt semeriah bfeed mom yang lain. Bila dah masuk keje, masa untuk mengepam sangat terhad. Jadi hani hanya susukan dayana apabila balik kerja saja.

Awal november 2014, dayana dah masuk setaun. Dengan takdir Allah hani dipertemukan dengan ebook yang  telah membuka peluang untuk hani  menyertai Shaklee di bawah group MFMS.  Penceritaan di dalam ebook tersebut telah membuka persepsi hani seluas-luasnya tentang mudahnya menjalankan perniagaan jika tahu caranya. Semua perkara menjadi mudah jika tahu caranya.

Pada 19 Disember 2014 hani dengan rasminya joint Shaklee sbg distributor. Bila dah jadi distributor, rasa tanggungjawab untuk consume supplement dgn lebih konsisten tu mai dgn seniri.  Hani lebih aware dengan penjagaan kesihatan. Sebelum2 ni tak pernah fikir nak amik supplement…sekarang dah nak masuk 40 tahun…dah rasa macam2 simptom kat badan…terutama rasa sakit lutut.  Masa hani sign up, hani decide untuk ambil Set Sendi dan juga Set Optimum Health.  Bila dah jadi SID, hani makan supplement dengan jayanya he he…. Terlebih dulu buat detox…so semua khasiat dr tablet dapat absorb dengan berkesan.  Kisah Detox nanti hani share di N3 yg seterusnya k.

…. Dan yang bestnya, hasil susu pun meningkat. Mana taknya… bila berdetox, hani amik Alfafa 10 biji sehari seperti yg disarankan.  Walaupun hani dah tak buat stok untuk dayana, tapi bila ptg balik keje dan bangun waktu malam, dayana masih dapat breastfeed.  Alhamdulillah, Rezeki Susu untuk Dayana. 
%d bloggers like this: