Saat Magika Bersama TWB di tulis dalam masa yang sangat singkat.  Ianya benar-benar fresh dan di publish terus tanpa ulang baca dan edit.
Jadi, kandungannya pastilah yang paling ikhlas dari hati  untuk pembaca di luar sana, untuk #TWBians dan paling utama dituju khas untuk puan founder master Ainul Shahrazad

Bukan bermakna tulisan lain dalam blog ni tak ikhlas, tapi nak kata yang entry kali ni benar fresh. Nyum nyum slurp slurp gitu kalau ianya makanan he he
Ok, jom teruskan pembacaan entry fresh Saat Magika Bersama TWB  ni ok.

Oh ya, bagi yang belum tau apa itu TWB, boleh baca di entry saya sebelum ini  >> Apa Itu Bisnes Mobile Spa The Walking Beauty Project

Saat Magika Dalam Hidup Mesti di Cari, Dah Dapat Jangan di Lepas Pergi

Magika ni kan, sesuatu yang best sangat kan. Semua orang nak yang magik2.  Kalau boleh, nak je benda tu terus dapat depan mata. Dan benda yang kita nak tu mestilah yang best-best! Yang jadi impian, yang kita nakkkk sangat2.  Tapi dalam dunia ni, tentulah tak semudah itu kita dapat impian yang kita nak sangat tu.  Mesti lah kita kena lalui ujian demi ujian yang Allah nak bagi, sebab Allah nak jadikan kita pemilik magika yang benar-benar layak.

Saya tau , saya belum layak, tetapi saya dah jumpa jalannya dalam The Walking Beauty Project.  Momen2 semasa bersama TWB ni saya rasa momen yang sangat best umpama magis.  Ia umpama magis2 kecil yang saya perlu  lalui dan nikmati untuk saya capai magis yang lebih besar.  Agak2 faham ke faham apa yang ku cerita ni he he.

Jadi, pada saya, once dah terjumpa TWB yang magis ni, saya taknak lepaskan dia macam tu saja.  Saya ingin jadikan Saat Magika Bersama TWB ni sebagai jalan untuk saya menuju puncak dalam kerjaya saya.

 

Magika Dalam TWB Yang Ku Intai Sebelum Sertai

Saya sebenarnya usha TWB ni dah lama, tapi tiada kesempatan nak pergi berguru.  Saya memang follower setia FB founder TWB, dan asyik terbakar je dengan posting master di FB.  Terima kasih sebab selalu buat posting2 membakar tu.

Master Ainul ni nanny Shaklee saya. Saya memang fokus buat bisnes Shaklee untuk my Lifetime Career.  Saya memang nampak apa yang boleh dicapai melalui TWB untuk bisnes Shaklee saya.  Dan , saya tak pernah anti MLM tau sebab bagi saya MLM ni sistem dia dah sangat kuat. Mantap la kan, kira bonus pun sistem yang buat dan tak pernah gagal bayar kami bonus.

Apa magika yang saya nampak, yang buatkan saya sentiasa tak sabar nak join TWB.  Kalau anda sekarang di tempat saya, selalu tengok posting  fb dan blog saya tentang TWB, rugi sangatlah kalau anda tak join TWB

Apa Magika TWB yang saya intai, yang buat saya tak sabar-sabar nak join

  • Team TWB Sangat Happening & Bersemangat
    Founder tiap hari update aktiviti TWB.  Ada training, ada lunch date, ada gathering, ada online class dan macam-macam lagi.  Paling syok, ada trip luar negara

Best sangat ni ! Buat Spa dapat Jalan2 Luar Negara – Perth 2016

Maldives 2018

Mereka dalam gambar di atas ni semua otai2 TWB. Idola saya dalam TWB.  Dah hampir 3 tahun diaorang bersama TWB.  Insyaallah this year saya target dapat follow diaorang dalam trip TWB Paris.  Doakan kita akak2 TWB yer.

  • Founder / Mentor Super Duper Semangat Dia
    Saya nampak kegigihan founder TWB, dia punya posting kat FB memang membakar anak cucu Shaklee.  Dan saya tak nampak sekalipun beliau share posting yang lembik2. Semua posting dia membara.  Tujuannya hanya nak bakar anak cucu Shaklee dan TWB untuk usaha supaya dapat apa yang dia dapat.

Mau tak terbakar camni, Kejap kat London, Kejap kat Melbourne

  • Tiap Hari Update Income Peserta TWB
    Tiap hari founder update mudahnya ahli TWB dapat income dari spa. Macam magis, saya nampak seolah2 mudah sangat diaorang buat bisnes ni.  Yang membuatkan saya nak tau sangat apa diaorang buat ni.  Must be something special dalam projek ni.
                                                           Sharing Dalam Group Rahsia TWB

 

  • Training TWB Nampak Sangat Simple, Tapi Saya Tak Tau Teknik Rahsia Mereka
    Haaa, ni lagi satu magika yang saya nampak.  dari live video peserta2 yang join TWB, semua kata yang training TWB sangat simple dan sangat mudah, tapi belajar 5 courses katanya, dalam masa tak sampai 1 hari pulak tu.  dan terus boleh buat duit pulak tu. Apakah??

 

  • Saya Nampak Unlimited Income dari TWB dan Shaklee
    Kalau sebut bab duit, orang selalu akan kata mata duitan kan, tapi hakikatnya, hidup hari ini memang segalanya perlu duit.  Paling utama saya nak bagi pendidikan terbaik untuk anak2 dan kebahagian untuk ibu ayah selagi mereka masih ada.  Saya tak nampak bisnes lain yang boleh bagi semua ni, saya dah nampak proven result dari mentor2 saya.

 

Jadi, kalau dah nampak magis2 ni, apa lagi alasan saya nak lambat2kan join TWB.

 

Saat Magika Yang Ku Temui Bersama TWB

Bertahun punya usha, intai-intai, akhirnya saya jadi ahli TWB yang sah. Baru sangat lagi Disember 2017.  Walaupun baru 3 bulan join, walau belum banyak magis yang saya alami, tapi setiap hari ditemani team #TWBians dalam group telegram pun dah magika sangat.  Semangat membara, kalau nak padam pun tak sempat.

Alhamdulillah, Officially  Bautician TWB

Semasa Training Spa

 

  • Training Dengan Founder
    Saat training dengan founder pun dah best sangat.  Ni pun dah jadi Saat Magika Bersama TWB tau! bayangkan 2 tahun dok follow di fb saja, tak sangka dapat coaching 1 to 1 dengan master tau.  Selain training spa, dapat free coaching bisnes shaklee sekali.  So, nampak tak beza training TWB dengan training spa di luar sana. Ada kursus spa yang audience nya sangat ramai, dapat belajar skill cuci muka saja, demo aje pulak tu.  Kita buat 1 to 1, dan masa training pun saya boleh bawa anak kecik yang memang tak de orang nak jaga.  So, mak2 takde masalah tau nak join training TWB

 

  • Dapat Join Group Rahsia TWB
    Group ni sangat happening.  Sapa yang rasa malas nak buat spa, malas nak bisnes, tak jadi malas2.  Semua semangat je

 

  • Dapat Kongsi Peluang
    Paling best bila dapat turunkan juga ilmu spa ni pada my fren.  Dan apa yang kawan saya share ni sangat mengharukan. Inilah magikanya, apabila kita dapat pula share rezeki dengan orang lain

Dan yang lagi magik nya, tak sangka anak saudara saya yang masih belajar tetiba wasap nak join TWB,
Dan tak sangka sangat  anak saudara yang lembut gemalai ni berubah jadi kental, dia lagi hebat , bulan ni
saja daftarkan 5 orang beautician baru TWB.  Pelajar pun dah nampak bright future bersama TWB

  • Income Masuk dari Penjuru 2 dan 3
    Oleh kerana saya agak sibuk dengan kelas dan projek pada awal tahun, saya sempat buat beberapa kali saja spa.  Itu penjuru income yang pertama dalam Spa TWB.  Tapi, yang bestnya , walaupun tak banyak income dari penjuru 1, saya masih dapat dari penjuru 2,3. Penjuru 2,3 tu sebenarnya rahsia tau, hanya yang dah join akan tahu.  Tapi cukup la saya cerita yang saya dapat maintain BONUS 4 ANGKA untuk penjuru 2 & 3

 

Anda Mungkin Jelitawan Seterusnya Merasai Saat Magika Bersama TWB

Alhamdulillah, syukur tak terhingga dilorongkan oleh Allah untuk sertai The Walking Beauty Project.  Saya sangat sarankan kepada wanita di luar sana, tak kira anda pelajar, suri rumah, atau pekerja untuk  sertai projek TWB ni.  Anda patut sertai dan rasa sendiri Saat Magika Bersama TWB

Kita wajib kaya supaya boleh memberi kepada mereka yang memerlukan.  Ramai antara kita hari ini perasan berada dalam ZON SELESA, tetapi saat kita berkira-kira untuk membelanjakan wang, sebenarnya itulah tanda yang  kita wajib mulakan sesuatu untuk mengubah masa depan.  Cabaran masa depan kita tak tahu, dengan ekonomi yang tak stabil.

Kita dah harus fikirkan masa depan anak-anak tercinta, bagi saya sendiri saya memang nak TWB dan Shaklee jadi my Lifetime Career supaya saya tak perlu lagi pergi kerja, tinggalkan mereka di rumah saat cuti sekolah dan bagi alasan kerja apabila anak2 sakit, juga bagi alasan kerja apabila mak ayah sakit dikampung.

Anda boleh baca entry  saya yang terdahulu >> Pakej Kursus Usahawan Spa The Walking Beauty Project

whatsapp-untuk-konsultasi-percuma
Hubungi Kak Hani untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE & The walking Beauty Project !!!

HANI 019-4771175

%d bloggers like this: