Hilangkan Rasa Mengantuk dan Letih dengan secawan kopi ? Sejauh manakah kafein benar-benar membantu kita atasi masalah Mengantuk dan Letih?

Apabila seseorang berasa mengantuk dan letih, pasti ada rakan yang akan mencadangkan supaya berhenti rehat dan minum secawan kopi.  Jika seseorang itu hendak berjaga malam untuk menyiapkan kerja, pasti dia akan bersedia dengan secawan kopi

Tetapi, sejauh manakah Kafein ini benar-benar boleh Hilangkan Mengantuk dan Letih dan adakah ia selamat?  Jom kita berkenalan dengan bahan bernama Kafein ini.

Sumber Kafein Secara Semulajadi
Sumber dari : cdllife.com 

Kafein merupakan bahan semulajadi yang boleh diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan.  Sumber semulajadi kafein termasuklah biji kopi, daun teh dan biji koko.  Ia juga boleh dihasilkan melalui proses sintetik.
Kafein dikenali juga sebagai sejenis bahan yang menggalakkan kewaspadaan, dalam ertikata lain ia diambil dan bertindak sebagai perangsang ( stimulant). Oleh itu ia selalu diambil oleh kebanyakan orang selepas bangun dari tidur untuk tujuan fokus pada siang hari.

Bahaya Ketagihan Kafein

Bagaimana Kafein berfungsi untuk Hilangkan rasa Mengantuk dan Letih ?  Di dalam tubuh kita ada bahan yang akan menggalakkan dan memberi kita rasa mengantuk iaitu Adenosin. Di sini, kafein berfungsi menghalang reseptor adenosin untuk mengelakkan kita dari mengantuk.
Sistem badan yang Allah dah jadikan sangat bagus, jika kita cuba mengubahnya, pasti akan ada kesan yang tidak elok akhirnya.  Apabila adenosin berterusan disekat dari menjalankan kerjanya, tubuh akan menghasilkan lebih banyak reseptor adenosin.  Jika ini berlaku, badan akan memerlukan lebih banyak kafein untuk menghalangnya. Ini akan menjadikan  tabiat minum kopi semakinm menjadi-jadi  dan membuat anda memerlukan lebih banyak kafein untuk berjaga sehingga menjadi suatu ketagihan.

Apabila seseorang itu cuba berhenti minum kopi atau sekiranya beliau tertinggal (skip ) minum kopi dalam menu seharian, beliau mungkin akan mengalami tindakbalas seperti merasa  lebih letih berbanding jika beliau minum kopi pada hari tersebut.  Lebih bahaya, kafein bukan sekadar menghalang adenosin, tetapi ia juga boleh meningkatkan tahap adrenalin dan merangsang mood. Ini hampir menyamai kesan pengambilan cocaine tapi pada tahap yang lebih rendah.


Kafein Menghalang Reseptor Adenosin dari Memberi Rasa Mengantuk
Sumber dari : Business Insider 

Dalam dos yang sederhana, kafein boleh meningkatkan kuasa fokus, tetapi dalam masa yang sama, terutama jika ia terlalu kerap diambil dalam kuantiti yang berlebihan, ia menjadi punca kepada Punca Sakit Kepala, Gugup dan Pening, Kebimbangan, Denyutan Jantung Cepat, Kencing Berlebihan dan Gangguan Tidur


Kesan Pengambilan Kafein Kepada Tubuh Badan

Mengantuk dan Letih Masalah Zaman Moden

Zaman sekarang, ramai orang tidak mendapat kualiti tidur yang mencukupi, mengakibatkan mereka selalu rasa mengantuk, letih dan stress.
Masalah mengantuk adalah apabila rasa ingin tidur berlaku pada siang hari yang mana ia mengganggu kerja atau fungsi sosial kita.

Gejala-gejala masalah mengantuk biasanya termasuklah kesukaran menumpukan perhatian, tertidur semasa memandu, atau menghadapi masalah dalam mengawal emosi.

Terdapat beberapa sebab masalah mengantuk dan keletihan, termasuk gangguan tidur, masalah  perubatan, pengambilan ubat-ubatan tertentu, pengambilan bahan seperti dadah, alkohol.  Ia juga berlaku disebabkan atau kitaran tidur dan  bangun yang diubah, contohnya orang yang terpaksa bekerja shift.

Mengantuk berlebihan boleh mengundang masalah serius.
Ia antara punca utama kemalangan kenderaan motor, prestasi sekolah yang lemah bagi pelajar, prestasi kerja yang menurun dan stress.  Dan lebih teruk lagi, tidak mendapat tidur yang baik selalunya dikaitkan dengan penyakit tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetes, dan berat badan.

Jadi masalah Mengantuk dan Letih ini tidak boleh dipandang ringan.  Kita perlu mencari ikhtiar untuk Hilangkan Mengantuk dan Letih supaya kita dapat memberi lebih tumpuan kepada urusan dan tanggungjawab seharian juga bagi mengelakkan dari berlaku sebarang kemalangan yang tak diingini.

Tips Hilangkan Mengantuk dan Letih

Untuk mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik supaya dapat Hilangkan Mengantuk dan Letih di siang hari, anda boleh cuba amalkan petua berikut

  1. Sediakan persekitaran tidur yang tenang, gelap sejuk dans elesa
  2. Kekalkan katil yang kita biasa tidur dan kekalkan jadual waktu tidur dan bangun
  3. Tambahkan ke dalam rutin tidur kita aktiviti santai sebelum tidur seperti mandi, urutan dan bacaan Al-Quran
  4. Pilih tilam yang selesa
  5. Mesti selesai makan 2-3 jam sebelum waktu tidur
  6. Melakukan olahraga lebih kerap dankonsisten
  7. Elakkan merokok dan minum alkohol
  8. Amalkan pemakanan dan nutrisi yang sihat
  9. ELAKKAN KAFEIN dekat dengan waktu tidur

Hilangkan Mengantuk dan Letih Dengan Selamat dan Berkesan

Kita mudah merasa mengantuk dan letih kerana banyak sebab. Selain tidur yang tidak berkualiti dan tidak mencukupi, tenaga dalam badan kita juga semakin berkurang atas sebab faktor-faktor persekitaran , pemakanan dan juga penuaan

Tenaga yang mencukupi akan mengelakkan kita dari rasa mengantuk dan letih.  Tenaga dalam badan kita dihasilkan oleh stesen janakuasa tenaga iaitu Mitokondria.  Bahan bakar utama dalam Mitokondria untuk menghasilkan tenaga adalah nutrien Coenzyme Q10 (CoQ10) .  Lebih banyak CoQ10 dalam mitokondria kita , maka akan lebih banyak tenaga akan terhasil.  Jadi, tidak perlu kita merosakkan sistem badan kita dengan pengambilan kafein yang tiada keperluan dalam diet harian.  Sebaliknya, lebih baik kita usahakan untuk menambah nutrien semulajadi CoQ10 supaya lebih banyak tenaga dijana secara semulajadi.

Pada Januari 2018, Shaklee telah mengeluarkan suplemen  baru COQ-Trol Plus yang merupakan formulasi baru kepada CoQ Health Plus.  Formulasi baru ini menjadikan CoQ-Trol Plus lebih berkesan dalam membekalkan tenaga dalam badan.

 CoQ-Trol Plus, Formulasi Terbaru dari Shaklee

Formulasi baharu Coq-Trol Plus ini  ini adalah  gabungan 100mg Coenzyme Q10 , 2mg Resveratrol dan 5 mg Tokoferol.  Ia sangat istimewa dan sangat berkesan untuk meningkatkan tenaga dan dapat membantu mengurangkan atau  Hilangkan Mengantuk dan Letih yang anda selalu alami.  Nak tau lebih lanjut tentang keistimewaan CoQ-Trol Plus, boleh rujuk ulasan saya di entry  >>> CoQ-Trol Plus .

Untuk mendapatkan konsultasi atau nak bertanya lebih lanjut tentang suplemen dan juga masalah yang anda alami boleh hubungi saya di 019-4771175

Untuk ke entry CoQ-Trol Plus, jangan lupa klik gambar di bawah ye.  Saya doakan anda sentiasa sihat dan mendapat penyelesaian kepada masalah mengantuk dan letih yang anda alami.

Hubungi Kak Hani untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HANI 019-4771175

%d bloggers like this: