Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.  Selamat datang kepada semua yang sudi singgah ke blog SuriStory.Com.   Saya dan blog bukan lah baru….sebelum blog ni dah ada 2-3 blog …hu uu banyak eh ! Angan2 nak jadi blogger tapi tak updet. Bersawang je blog2 ku  itu.

Tapi, napa nak start blog baru?, napa tak sambung je, kemas blog yang bersawang tu dan start sambung je ber blog?…

jawapannya…entah, rasa macam tak best je. Rasa nak mula blog baru. So tak apa la kan. Mula je blog baru . hi hi. lagipun 2 blog tu blogshop…dalam tu saya share aktiviti kerastangan dalam dunia baking dan juga kraf. Saya sangat rajin dulu2 hi hi….sekarang tak berapa nak rajin , tak dan nak kepung anak2 super aktif ku yang ber-4 tu.

Oh ye, blog2 ku yang lama tu sayang jugak. So , tepek di sini untuk kenang – kenangan ye. Boleh la nak jemput masuk, awas sawang atas kepala ye 🙂

Oh ye, Saya ada passion yg sangat kuat dlm bidang kreatif, reka mereka & mostly DIY project.  Suka semua yg comel, sweet, cute & adorable.

Bergiat dalam bidang bakery secara kecil-kecilan…saya suka cake deco…. dan juga sewing…tak terer sangat sewing tapi suka crafting  dengan fabrik.

Boleh lawati blog saya untuk jamu mata, sharing & amik inspirasi mana yg berkenan di hati.

http://adorable-craft.blogspot.com
http://hanisweetcakes.blogspot.com

Semangat nak menulis blog ni sebenarnya  tercetus setelah  bertemu peluang yang saya anggap rezeki dan peluang terbaik bagi untuk mulakan langkah perjalanan saya mencapai cita2 sebagai WAHM iaitu work @ home mum. 
Pelik ke cita2 saya . he he…ramai org bercita2 nak berjaya dalam kerjaya, pegang jawatan tinggi dan bergaji besar, tapi saya pilih WAHM sebagai cita2 saya.

Pencarian saya sebenarnya bukan tentang nak buat blog ye . Saya mencari web designer yang boleh buat web shopping cart yang lengkap utk  bisnes kraf . cari punya cari….saya dipertemukan dengan seorang web designer. Saya pun mencari info untuk buat web shopping cart . 

Selepas melayari website mereka, saya dipertemukan dengan 1 e-book yang membuat saya sangat teruja, satu PELUANG untuk saya ubah diri  dari yang biasa2 kepada luarbiasa.   Insyaallah saya akan kongsikan nanti ye! Berdosa kalau saya tak share disini.  

Saya pilih untuk mengambil peluang dan anggap ia adalah rezeki yang Allah lorongkan .  Ucapan terima kasih tak terhingga kepada mereka yang mempertemukan saya dengan peluang ini. Next time saya share ye !

babai utk my 1st N3.

Love
Hani Ismail



%d bloggers like this: