Assalamualaikum.

Kak Hani doakan semua pembaca HaniIsmail.Com dikurniakan kesihatan dan sentiasa dirahmati Allah S.W.T.


Masalah ramai orang yang bam bam hari ini adalah mereka selalu menghadapi kegagalan semasa proses menurunkan berat badan.


Lebih teruk lagi, apabila kegagalan ini mereka terus ulang dan ulang.  Makin lama ia akan terus melemahkan semangat untuk kurus.

Akhirnya mereka terus abaikan impian mereka untuk kurus.

Ramai yang menghubungi Kak Hani untuk join Program Now Everyone Can Kurus adalah dikalangan mereka yang pernah mencuba pelbagai cara untuk kurus antaranya :

– Berdiet tanpa nasi dan makan terlalu sedikit
– Pergi ke pusat pelangsingan badan dengan kos ribuan ringgit
– Diet kurang karbohidrat
– Diet tinggi protein
– Mengambil ubat kurus
– Mengambil supplement termasuk Set Kurus Shaklee

Hari ini Kak Hani nak kongsikan dengan anda yang pernah mengambil Set Kurus Shaklee , 5 Sebab Kenapa Anda Masih Gagal Kurus.

Ini kerana, Set Kurus Shaklee ini telah terbukti dapat membantu ramai peserta Program Now Everyone Can Kurus kami dari Batch 1 hinggalah Batch 21 sekarang ( ambilan OKTOBER 2016) turun berat badan dengan jayanya.

testimoni pengguna set kurus shaklee
 Testimoni Kak Hani sendiri – Peserta Batch 1

testimoni pengguna set kurus shaklee
 Testimoni Shiemz – Peserta Batch 1
testimoni pengguna set kurus shaklee
Testimoni Shuhada- Peserta Batch 15




DAH AMBIL SET KURUS SHAKLEE, TETAPI KENAPA MASIH GAGAL KURUS

Dari pengalaman Kak Hani dan Team NECK membantu ramai peserta turun berat badan, SEBAB KENAPA MASIH GAGAL KURUS  adalah kerana faktor – faktor berikut:

1.  Terlalu mengawal kuantiti makanan 

Ramai yang nak kurus buat kesilapan ini.  Mereka makan terlalu sedikit sehingga tidak cukup pengambilan kalori yang sepatutnya.

Kak Hani sendiri makan 5 kali sehari dengan kuantiti yang mencukupi.

2.  Tidak meninggalkan  makanan larangan.  

Ramai yang tetap tak boleh tinggal makanan kegemaran mereka. Sebab hilang nikmat hidup katanya.

Ini memang memerlukan support yang kuat, dalam NECK kami elakkan 5 perkara larangan.  Makanan berminyak, bergoreng, berlemak, bergaram dan bergula.

Jika anda dapat kawal pengambilan 5 perkara ini, Insyaallah, anda terpaksa kurus. 

3.  Tidak konsisten pengambilan supplement Set Kurus Shaklee

Untuk kurus, sebenarnya mungkin tak perlu pun pengambilan supplement

Tapi, Kak hani nak share satu persoalan, cuba anda jawab.

” Boleh ke anda betul2 beri 100% komitmen yang anda akan menjaga pemakanan dengan memilih hanya makanan yang sihat”


“Boleh ke anda beri komitmen bersenam 1 jam setiap hari?”

Kalau jawapan anda “ya”, , then anda tak perlu ambil  Set Kurus Shaklee pun sebenarnya.

Tetapi realitinya tak kan ?
Kita semua sibuk dan ada kekangan masa.  Maka di sinilah kita beri peluang kepada Set Kurus Shaklee untuk bantu proses penurunan badan kita supaya kita dapat buat dengan lebih baik.

Dah ambil, perlulah konsisten.  Buat apa pun mesti konsisten. baru dapat hasil yang terbaik.


4.  Tidak minum air kosong secukupnya

Setiap dari kita memerlukan sekurang-kurangnya 1 liter air untuk setiap 25KG berat badan kita.  Jadi, pastikan cukup ye.

25 KG Berat Badan = 1 Liter Air Kosong

5.  Tidak bersenam / pemilihan senaman yang kurang tepat

Ada yang dah ambil Set Kurus Shaklee menganggap ia sudah mencukupi.

Andaian sebegini banyak di gunakan oleh pengamal ubat kurus. 

Biasa dengar tak iklan ubat kurus ?

“Kurus dengan mudah, tak perlu berlapar, tak perlu bersenam”

Sebenarnya, tiada cara yang terlalu mudah untuk kurus, 
Kita nak gemuk ambil masa bertahun – tahun, takkan nak kurus sekelip mata pulak kan.

Ubah gaya hidup kepada gaya hidup sihat adalah cara yang paling sihat dan selamat.


6.  Buat seorang diri, tiada kumpulan sokongan

Ramai yang nak kurus sorang-sorang. Dah jumpa cara menguruskan badan yang sihat dan selamat, tetapi nak cuba dulu buat.

Pergi jogging sorang2, makan sorang2 , lama2 boringlah. Bulan depan lah start.

Anda bagaimana?


7.  Buat senyap – senyap. Rahsialah sangat !

Ramai yang tak nak bagitau orang lain yang dia sedang berdiet.   Malu katanya.  
Ramai yang rasa malu nak cerita yang dia sedang dalam proses nak kurus.

Sebab, bila kawan tegur mereka gemuk, selalunya  mereka akan jawab
” aku tak kisah, aku bahagia jer”  

Hakikatnya tak bahagia pun bawa badan yang berat, jadi mereka akan cuba juga cari jalan untuk kurus, tapi malu kalau diketahui kawan-kawan yang mereka nak kurus.

Sebenarnya kunci kejaayaan untuk kurus adalah beritahu lebih ramai orang, baru lah kita akan buat dengan penuh semangat dan kawan-kawan juga akan support  kita.

APA YANG BEST SET KURUS SHAKLEE NI ?

Suplemen Shaklee adalah suplemen yang terbaik Kak Hani pernah guna.

Kak Hani sebenarnya bukan seorang pengamal suplemen,  Kalau beli ubat atau jamu lepas bersalin pun, selalu makan tak habis. Sangat culas.  Tetapi selepas menggunakan Shaklee, Kak Hani rasa sangat serasi dan ianya berkesan untuk Kak Hani sekeluarga.


set kurus shaklee berbeza
Masa mula guna dulu memang tak sangka yang Shaklee ni dah berada di pasaran sejak 60 TAHUN di USA dan hampir 30 TAHUN di Malaysia.

Shaklee beri jaminan bahawa produknya adalah SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

Mari kita lihat mekanisme asas Set Kurus Shaklee ini yang  berkesan dalam membantu proses menurunkan berat badan.
Set Kurus Shaklee menekankan konsep berikut:
1. BAKAR
2. BUANG ( DETOX)
3. BINA
4. BERTENAGA

suplemen set kurus shaklee

Pengambilan yang betul disertakan dengan pemakanan yang sihat dan senaman yang dirancang dengan baik amat memudahkan proses menurunkan berat badan.   

testimoni pengguna set kurus shaklee

Salah seorang peserta Program NECK yang tak sangka berat dia turun 3 KG hanya dengan konsisten pengambilan suplemen.

Jika anda berminat untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan Set Kurus Shaklee dan Program Now Everyone Can Kurus, jangan segan-segan hubungi Kak Hani 019-4771175.  

Moga anda berjaya KURUS & SIHAT. 


Hubungi Kak Hani untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?




%d bloggers like this: