risiko sakit kronik

 

Tahukah anda, KEGEMUKAN itu mengundang bahaya dan boleh membawa maut.
Biasanya ramai yang tak kisah dengan penampilan diri.  Walaupun hakikatnya SANGAT RAMAI yang rasa tertekan memiliki badan yang gemuk .
 
Ramai orang tak nak mengaku bahawa mereka tertekan berbadan gemuk.  
Ramai yang cover line dengan kata2
” Alaaa, gemuk pun , confident level i tinggi what ” ( dalam hati, nanges sekuat-kuatnya )
” Akak tak kisah je gemuk, suami tetap sayang akak” ( Ramai suami yg terpaksa rela sebenarnya, nak ke akak2 suami rela dalam terpaksa )

 

Kita kena hadapi dan usahakan lakukan perubahan untuk bebas dari kegemukan.
Kerana dah terbukti dalam perubatan, 
BADAN YANG GEMUK MEMANG PUNCA UTAMA MENYUMBANG KEPADA  
PENYAKIT KRONIK

Jemput baca RISIKO PENYAKIT KRONIK AKIBAT OBESITI ( KEGEMUKAN )

———————————————————————————————————————

Assalamualaikum.
Kak Hani doakan semua pembaca HaniIsmail.Com dikurniakan kesihatan dan sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

Kak Hani selalu menerima pertanyaan dari ramai orang yang bermasalah gemuk dan ingin mendapatkan konsultasi berkaitan Set Kurus Shaklee.  Boleh dikatakan hampir semua menghadapi masalah kesihatan yang semakin merosot.  Tak kurang juga yang rasa rendah diri dan dijadikan bahan ketawa oleh kawan-kawan.

 

sakit kronik akibat obesiti
Berat 100KG, Tinggi 156 CM , BMI 41, Sentiasa jadi bahan ejekan
Berat 80KG, Tinggi 164 CM, BMI 29.7 : Penyakit Darah Tinggi, Jemu Makan Ubat
 
sakit kronik akibat obesiti

 

Berat 132KG, Tinggi 166CM, BMI 48 : Susah beribadat & bakal menunaikan  haji.
Berat 88KG, Tinggi 158CM, BMI35.3 : Lenguh bila berdiri lama
 

Masalah yang mereka hadapi hanya sebahagian sahaja dari yang pm dan whatsApp. Biasanya Kak Hani akan analyze dan pastikan betul-betul apa masalah yang mereka hadapi sebelum mencadangkan Set Kurus Shaklee yang bersesuaian.

Sebelum Kak Hani bercerita panjang tentang penyakit kronik akibat obesiti, Kak Hani berikan sedikit gambaran tentang Set Kurus Shaklee. Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Set Lengkap Set Kurus Shaklee

Baiklah, sekarang jom kita fahamkan dengan lebih terperinci bahaya obesiti. Lebih baik mencegah sebelum bertambah parah. 


APAKAH OBESITI  ??

OBESITI adalah satu keadaan dimana seseorang mempunyai lemak badan yang berlebihan.
Ia merupakan penyakit global yang semakin meningkat di seluruh dunia.  Ia meningkat hampir dua kali ganda semenjak 1980.  Bayangkan kini terdapat lebih 200 juta lelaki gemuk dan hampir 300 juta wanita gemuk.

OBESITI atau biasanya kita sebut MASALAH KEGEMUKAN ditakrif menggunakan skala  Indeks Jisim Badan (BMI-Body Mass Index ).

Formula dan klasifikasi BMI
Macamana, dah kira BMI anda ke ?
 


APAKAH PENYEBAB OBESITI  ??

Secara asasnya, obesiti berlaku apabila seseorang itu mengambil lebih banyak kalori berbanding kalori yang mereka bakar.
Antara faktor yang menyumbang  adalah:

  • Makan berlebihan
  • Makanan yang tidak berkhasiat
  • Kurang aktiviti fizikal
  • Kurang Tidur
  • Pengambilan ubat-ubatan

Secara keseluruhannya ia adalah disebabkan gaya hidup hari ini yang semakin ringkas dan jadual kerja yang sibuk lebih mendedahkan kepada risiko obesiti.  Hampir semua dari kita terdedah kepada keadaan dan gaya hidup serba moden ini.

Selain itu, dari pembacaan Kak Hani, keadaan kesihatan tertentu juga boleh menyebabkan pertambahan berat badan.  Antaranya:

Hypotiroidisme
Kelenjar tiroid tidak begitu aktif dan memperlahankan metabolisma.  Ini menyebabkan keletihan dan badan menjadi lemah.

PCOS
PCOS adalah Sindrom ovari polisistik  yang merupakan penyakit yang mengganggu kesuburan wanita.  Ia melibatkan ketidakseimbangan hormon yang mana penghasilan androgen (hormon lelaki)  lebih banyak dari yang normal.

Kegemukan adalah faktor kedua pentingnya menyebabkan kejadian PCOS.  Golongan ini mudah naik berat, tapi bila hendak turun berat memerlukan keazaman yang tinggi.

Menurut Dr Hamid Arshat, penurunan berat merupakan rawatan terpenting meningkatkan kesuburan dikalangan pesakit PCOS.  Cara paling berkesan ialah DIET
.
Sindrom Cushing
Sindrom ini berpunca daripada kelebihan pengeluaran hormon kortisol oleh kelenjar adrenal dan pengidapnya mempunyai ciri-ciri besar di bahagian atas badan, muka dan leher.

Sindrom Prader-Willi

Sindrom ini jarang berlaku, ia merupakan satu keadaan dimana pengidapnya tidak pernah merasa kenyang, asyik nak makan je.  Wah! teruk juga ye kalau dapat sindrom ni. 

FAKTA MENAKUTKAN !

  • Malaysia antara negara yang mempunyai penduduk yang tinggi statistik obesiti.
  • Malaysia dikategorikan sebagai ‘heavyweight’ kerana 45.3 % penduduk menghadapi masalah obesiti.
  • Kenyataan dari Kementerian Kesihatan  bahawa 1 daripada 3 rakyat Malaysia mengalami obesiti dan terdedah kepada RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
  • Hakikatnya, jika sekali kita telah terjebak dengan gejala obesiti, ia akan menghantui kita seumur hidup JIKA KITA TIDAK MAHU BERUBAH

Malaysia negara paling obes di Asia Tenggara



8 PENYAKIT KRONIK PALING BAHAYA AKIBAT OBESITI

Terdapat banyak penyakit kronik yang boleh membawa  kepada pengurangan kualiti hidup pesakit dan boleh membawa kepada kematian.
Antaranya adalah Penyakit Jantung Koronari, Strok, Tekanan Darah Tinggi, Diabetes, OsteoarthritisKanserSleep Apnea,  Kolestrol Tinggi, Hati Berlemak & Batu Karang ( Hepatobiliary), Kemadulan & Haid Tidak Teratur dan banyak lagi. 

Sakit kronik akibat obesiti
Antara penyakit kronik disebabkan OBESITI


Untuk Entry kali ini, Kak Hani akan kongsikan secara ringkas tentang risiko penyakit2 ini. 

1.  Penyakit Jantung Koronari 
Penyakit jantung koronari (Coronary Heart Deseasa CHD) adalah penyakit dimana bahan berlilin dipanggil plak terbina di dalam arteri yang membekalkan darah kaya oksigen ke otot jantung kita.

Serangan jantung akan berlaku apabila darah yang kaya oksigen tidak dapat sampai ke jantung.  Tanpa rawatan yang cepat, serangan jantung boleh membawa kepada kesihatan yang serius atau kematian.

Berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan rrisiko penyakit jantung koronari dan serangan jantung .  Ia adalah kerana berat badan berlebihan dan obesiti dikaitkan dengan faktor-faktor risiko CHD lain seperti kolestrol tinggi dalam darah, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

2.  Strok
Strok berlaku apabila bekalan darah ke otak terganggu atau berkurang.  Jika ini berlaku, otak tidak dapat oksigen yang mencukupi dan menyebabkan sel-sel otak mati.

Antara kesannya kepada pesakit:

  • Kekeliruan termasuk masalah pertuturan danpemahaman
  • Sakit kepala danmuntah-muntah
  • Rasa kebas pada muka, lengan dan kaki terutama pada sebelah badan
  • Masalah penglihatan pada satu atau kedua-dua mata


Strok boleh membawa kepada masalah jangka panjang.  Bergantung kepada berapa cepat ia didiagnosis dan dirawat.  Pesakit boleh mengalami ketidakupayaan sementara atau kekal .

3. Tekanan Darah Tinggi / hipertensi
Kita dikatakan mempunyai Tekanan Darah Tinggi jika bacaan tekanan darah kita konsisten 140 /90 atau lebih tinggi untuk tempoh beberapa minggu

Tekanan yang lebih tinggi ini meletakkan tekanan tambahan ke atas jantung dan saluran darah dan ini meningkatkan risiko mendapat serangan jantung atau strok

Sebab utama terjadinya Tekanan Darah Tinggi adalah mempunyai berat badan berlebihan.  Faktor-faktor lain adalah

  • Makan terlalu banyak garam
  • Tidak makan buah dan sayuran
  • Tidak cukup aktif
  • Mengambil alkohol berlebihan
  • Peningkatan usia dan gaya hidup yang tidak sihat boleh memberi tekanan
  • Sejarah keluarga, anda mungkin berisiko tinggi jika ada ahli keluarga mempunyai Tekanan darah Tinggi 

Untuk rawatan, doktor biasanya akan memberikan lebih dari satu jenis ubat yang menurunkan tekanan darah dalam cara yang berbeza.  Doktor akan nasihatkan supaya pesakit menurunkan berat badan dan ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat

4.  Diabetes 
Pengidap diabetes selalunya mempunyai bacaan gula dalam darah (glukosa) yang terlalu tinggi melebihi paras normal iaitu: 

  • Paras gula semasa puasa – Julat 4.0-6.0 mmol/l
  • Paras gula selepas makan – tidak melebihi 8.0 mm0l/l

Antara sebab utama berlakunya diabetes adalah disebabkan obesiti.
Malaysia sekarang merupakan antara negara tertinggi mempunyai peratusan pesakit diabetes di Asia Tenggara.  Menurut statistik 15% daripada rakyat Malaysia merupakan penghidap kencing manis iaitu 1 dari 5 orang rakyat negara ini merupakan penghidap diabetes

5.  Osteoarthritis
Berat badan berlebihan boleh mencederakan atau merosakkan sendi dalam pelbagai cara.

Ostheoartritis (OA) berlaku apabila tulang rawan licin pada sendi menjadi haus atau rosak.  Ia biasanya berlaku di bahagian lutut, pinggul, tulang belakang, leher dan tangan.  Sendi akan mengalami keradangan dan menyebabkan rasa sakit dan kaku.

Menurut sumber daripada Arthritis Center John Hopkins, apa yang kita perlu tahu adalah:

  • Setiap 4.5 KG lebihan berat badan , ia memberi  13-27 KG daya pada lutut untuk setiap langkah.  Bayangkan betapa terbebannya lutut kita.

Sumber yang sama mengatakan bahawa, orang berlebihan berat badan adalah 5X lebih mudah mengidap OA berbanding orang biasa.  Hanya kehilangan berat badan dapat membantu mengurangkan tekanan pada sendi.

6.  Kanser
Betapa bahayanya obesiti ini, ia juga merupakan penyebab utama kepada peningkatan risiko kanser.  Biasanya mereka yang obesiti terdedah kepada kanser berikut:

  • Kanser Esofagus
  • Kanser Pankreas
  • Kanser Kolon & Rektum
  • Kanser Payudara
  • Endometrium
  • Sakit Buah Pinggang


7.  Sleep Apnea
Gangguan Sleep Apnea adalah gangguan yang serius di mana pernafasan berulang kali berhenti selama 10 saat atau lebih semasa tidur.  Gangguan ini akan menurunkan kandungan oksigen dalam darah dan secara ringkas boleh mengganggu tidur sepanjang malam.

Punca paling utama adalah disebabkan berat badan berlebihan dan obesiti.  Ia berlaku apabila otot tekak dan lidah dalam keadaan santai, tisu lembut mulut dan tekak akan menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.

Apnea tidur boleh membawa kepada komplikasi serius termasuk penyakit kardiovaskular, kemalangan dan kematian mengejut.
Jadi, sangat penting bagi sesiapa yang mempunyai tanda dan gejala gangguan apnea tidur seperti berdengkur kuat dan terjaga waktu malam yang berulang  diikuti rasa mengantuk berlebihan di waktu siang mendapatkan rawatan segera.

Biasanya doktor akan menasihatkan supaya pesakit menurunkan berat badan dan mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat dan aktif.


8.  Kolestrol Tinggi
Obesiti adalah salah satu faktor penyebab kolestrol tinggi.  

Ia berlaku dalam keadaan di mana  lemak utama dalam aliran darah pada tahap berikut:

  • Tahap LDL iaitu Kolestrol Jahat terlalu tinggi
  • Tahap HDL iaitu Kolestrol Baik terlalu rendah

Orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes lebih cenderung untuk mepunyai kolestrol yang tinggi.  Kolestrol tinggi pula adalah faktor risiko  kepada penyakit kronik lain iaitu strok, penyakit jantung dan diabetes.

Untuk pulih, tiada yang terbaik selain dari menurunkan berat badan  dan ubah gaya hidup kepada yang lebih sihat dan aktif.  Bagi perokok, wajib berhenti dari merokok. 

 

APAKAH RISIKO PENGHIDAP 

Daripada penerangan ringkas penyakit-penyakit di atas, kesimpulan yang dapat dibuat adalah obesiti ni merupakan masalah kesihatan yang paling utama yang membawa kepada pelbagai penyakit kronik.

Oleh itu, jangan lah kita memandang ringan kepada masalah obesiti.

Sebenarnya , untuk membincangkan tentang perasaan menghadapi risiko penyakit kronik ni, hanya orang yang mengalaminya boleh berkongsi dengan jelas.  Bayangkan apa yang mereka hadapi.  Orang yang tak mengalaminya tentu tak dapat rasa apa yang mereka rasa.

1.  Kos Rawatan Yang Tinggi
Penyakit seperti kanser, diabetes, sakit jantung koronari dan strok antara yang melibatkan kos rawatan yang tinggi.  Selain kos yang tinggi, sangat berat nak melalui tempoh rawatan dan belum ada jaminan akan pulih sepenuhnya.

2.  Pengambilan Pelbagai Ubatan
Pesakit biasanya akan hidup dengan  meangambil   ubat-ubatan yang banyak dan memberi kesan sampingan kepada organ badan yang lain.  Selalunya mereka rasa sangat terbeban bergantung kepada ubat -ubatan ini. 

3.  Hilang keupayaan Melakukan Pekerjaan Sebagai Sumber Rezeki
Apabila dah sakit, pesakit akan selalu mengambil cuti.  Kalau tak cuti pun, pesakit akan hilang fokus untuk melakukan kerja harian.  Lebih malang lagi jika ada yang terpaksa diberhentikan kerja.

4.  Tidak Dapat Menjalankan Tanggungjawab Menjaga Anak dan Suami atau Isteri.
Bila dah sakit dan selalu kena masuk hospital, selalu sakit dan lemah.  Pesakit tak dapat menjalankan tanggungjawab seperti biasa. Lebih teruk jika ada juga di kalangan ahli keluarga yang sakit dan perlu perhatian.  Oleh itu kita terutama ibu ayah perlu pastikan kita sihat supaya dapat menjaga keluarga tercinta, anak2 dan juga ibu bapa kita yang sudah tua.

5.  Hidup Sentiasa Dalam Keadaan Tertekan
Perasaan tertekan akan selalu menghantui pesakit apabila telah melalui semua keadaan di atas.  Tekanan akan lebih memburukkan keadaan dan menyebabkan penyakit bertambah parah jika perasaan tidak dikawal dengan baik 

6.  Berhadapan Kematian 
Risau memikirkan keluarga, terutama anak-anak kecil yang masih memerlukan.  Walaupun ajal maut itu adalah kuasa Allah S.W.T, tetapi bila berpenyakit, kita dah meletakkan diri kita dalam situasi tersebut. Sedangkan Allah suruh kita berusaha untuk memelihara tubuh badan amanah Nya dan mengubati penyakit yang kita hidapi.


BAGAIMANA PENYELESAIANNYA 

Selagi bernyawa, kita disuruh berusaha untuk berubat.  Tidak boleh putus asa dengan rahmat dan kasih sayang Allah.

Jika Belum Memasuki Statistik OBESITI, sebolehnya cuba elakkan dengan ubah gaya hidup kita sekarang.  Ingat ! Kalau kita tak ubah, manakan dapat hasil yang berbeza.
Lakukan perubahan berikut:

  • Pilih makanan yang sihat dalam kuantiti yang sesuai dengan keperluan badan kita
  • Elakkan makanan yang banyak MINYAK, GULA, GARAM, LEMAK dan jauhi yang BERGORENG
  • Mula kira pengambilan kalori anda 
  • Lakukan senaman 5 kali seminggu , minimum 30 minit.

Jika Telah Menjadi Sebahagian dari Statistik, tetapi masih belum disahkan menghidap penyakit yang dinyatakan tadi, bersyukurlah dan berubahlah segera.  Amalkan tips di atas. Malah anda perlu lebih konsisten kerana anda sudah berada dalam Zon Bahaya.

Jika Telah Menghidap Penyakit Kronik yang dinyatakan tadi, berusahalah untuk berubat disamping amalkan gaya hidup sihat bagi mengurangkan risiko akibat penyakit tersebut.  Pilihlah penyelesaian yang selamat dan terbukti berkesan.  Jangan pilih cara yang drastik dan membahayakan.  Jangan kerana nak dapatkan hasil yang cepat kita tersalah memilih  cara penyelesaian

IKHTIAR DENGAN SET KURUS SHAKLEE

Kami telah bantu ramai peserta Program Kurus Online turun berat badan dengan bantuan Set Kurus Shaklee.  Bagaimana Set Kurus Shaklee ini boleh membantu proses penurunan berat badan?
Baiklah, jom Kak Hani terangkan.

Apabila kita berusaha untuk mengubah gaya hidup dengan mengubah cara pemakanan, perlu mengurangkan pengambilan makanan dan perlu bersenam, ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah.
Siapa kata nak turunkan berat badan tu senang.  Syarat utama  untuk turun berat badan adalah mempunyai kekuatan mental yang tinggi.
Bila nak kurus kita kena ambil makanan yang berkhasiat, lebihkan sayur sayuran dan protein, kurangkan makanan bergula, bergaram , bersantan, bergoreng dan berlemak.

Tapi dapatkah kita secara konsisten mengambil makanan berkhasiat dan meninggalkan 5 makanan larangan tersebut.  Di sinilah pentingnya keperluan supplemen Set Kurus Shaklee.
Ok, bab kedua ialah bila kita nak kurus, kita perlu bersenam.  Dalam keadaan biasa, kita perlu bersenam 3 kali seminggu.

Tetapi bagi orang obes yang nak turunkan berat badan perlu bersenam 5 hari seminggu sekurang-kurangnya 45 minit setiap hari. Semangat kita memang cukup tinggi dah, tetapi kesibukan dan macam-macam halangan akan timbul disamping tenaga yang lemah dan selalu keletihan. Maka kita tak dapat bersenam sepenuhnya. Sekali lagi, ini dapat dibantu dengan pengambilan Set Kurus Shaklee.

Baik, apa keistimewaannya Set Kurus Shaklee yang dapat support proses menurunkan berat badan ni.   

 

Mekanisme asas Set Kurus Shaklee di atas memberi kesan  dalam membantu proses menurunkan berat badan.
 
Set Kurus Shaklee menekankan konsep berikut:
1. BAKAR
2. BUANG ( DETOX)
3. BINA
4. BERTENAGA
 
Jom kita lihat beberapa testimoni pengguna Set Kurus Shaklee yang menyertai Program Now Everyone Can Kurus
Testimoni pengguna Set Kurus Shaklee
Azlan Semakin Pulih dari Penyakit Darah Tinggi. Penurunan Keseluruhan 18KG
 
Testimoni pengguna Set Kurus Shaklee
Rizal, Semakin Pulih dari Sleep Apnea, Kolestrol Tinggi & Narkolepsi.
Jumlah Penurunan 22 KG

 

 
Moga dari entry yang Kak Hani tulis dan perkongsian testimoni dari mereka yang telah berjaya kurus dan sihat ini memberikan anda semangat dan motivasi untuk berusaha bebas dari obesiti.
Nak dapatkan lebih Tips dan Motivasi untuk kurus??
Jemput baca link di bawah. 
 

 

Jika anda berminat untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan Set Kurus Shaklee dan Program Now Everyone Can Kurus, jangan segan-segan hubungi Kak Hani 019-4771175.  
 
Moga anda berjaya KURUS & SIHAT. 
Hubungi Kak Hani untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HANI 019-4771175

%d bloggers like this: