Salam semua pengunjung blog suristory yang dikasihi.  Moga anda sentiasa dirahmati Allah.
Kali ni saya nak kongsikan tentang impian saya untuk kurus .  Semua wanita mengimpikan penampilan yang menarik apatah lagi langsing dan cantik.  Tapi bagi saya, hendak kurus  adalah lebih dari itu, bukan sekadar penampilan yang menarik.
 
Antara sebab2 saya nak kurus:  …
     
1.  Saya nak kelihatan muda, cantik dan langsing di mata suami

2.  Saya nak lebih cergas dan energetik supaya dapat  melakukan aktiviti2 yang saya suka
  
3. Persepsi terhadap  individu gemuk selalunya  adalah negative, walaupun tidak semua
4.  Saya suka kehidupan yang aktif, gemuk menghalang saya berbuat demikian

5. Saya berharap tahap kesihatan saya semasa meniti usia tua berada dalam keadaan yang baik dan saya tidak menyusahkan mereka2 yg perlu menjaga saya kelak.  Jika semasa muda kita dah rasa badan tak sihat dengan pelbagai masalah kesihatan disebabkan kegemukan, bagaimanakah keadaannya bila dah tua nanti. Hurmmmm

6.  Saya dah bosan dengan keadaan badan sekarang…walaupun saya belum di tahap sangat gemuk, tapi bila berat saya naik sikit, saya rasa saya kelihatan tua, baju tak selesa dipakai…pendek kata tak best  lah kalau berat naik tu
 

Penghujung tahun 2014  momen  yang sangat bertuah bagi saya kerana saya ditakdirkan Allah ditemukan peluang2 yang membawa saya kepada kesedaran tentang penjagaan kesihatan. 
Anda boleh baca tentang bagaimana kesihatan saya meningkat 200% dalam entry Semakin Cergas dengan Set Optimum Health

Saya kemudian berpeluang menjadi peserta Batch Pertama Program Now Everyone Can Kurus.  Target program ini adalah untuk kurus secara sihat melalui Formula Mudah MESTI Kurus. 
 
Saya gemuk sangat ke?
Tak, saya tak lah gemuk sangat tapi berat saya telah bertambah sebanyak 20 kg dari saat saya diijabkabulkan dengan suami saya.  Kan banyak tuuu. 
Jom kita sama2 muhasabah diri. Kan best kalau kita dapat semula badan kita yang langsing seperti zaman anak dara dulu.
 
Ini adalah kronologi  pertambahan berat badan saya:
Berat masa single : 47 kg
Berat semasa awal perkahwinan : 50 kg
Mengandung anak 1  60kg     ;  lepas bersalin  57kg
Mengandung anak ke-2  67 kg; lepas  bersalin  63 kg
Mengandung anak ke-3 70 kg;  lepas bersalin  63 kg
Mengandung anak ke-4 70 kg; lepas bersalin  65 kg
 
…ini kisah berat badan saya naik dengan gembira…….. Anda pula bagaimana???
 
Satu kelebihan saya adalah bila mengandung, berat saya akan turun sehingga 5kg.  So, total berat saya naik semasa mengandung tidak begitu tinggi kerana saya alahan,  dan tidak teruk sangat untuk saya buang lemak2 selepas melahirkan. 

Tetapi kelemahan saya adalah, selera sangat baik bila dah bersalin.  Biasanya lepas bersalin tu, berat  saya akan naik semua dan range berat badan saya adalah antara 65 – 70 kg.
Berat  terkini saya sebelum joint group detox ialah 70 kg.  Boleh baca macamana saya buat effective detox dan tips2 kat SINI.

7 Jan 2015, saya mula detox dan jaga pemakanan sendiri2..berat saya turun sebanyak 3 kg dalam tempoh 3 minggu.

1 Feb 2015, timbangan semasa mula program NECK adalah 67kg. Dalam program ini kami dibimbing oleh seorang personal trainer, coach yang kami panggil abang ketak. Untuk permulaan program kami perlu memberi beberapa maklumat berikut.
 
Gambar hadapan dan sisi
Ukur lilit lengan, pinggang dan peha
 
Gambar  sebelum dan selepas dengan target berat badan yan nak dicapai.  Terpaksalah tepek gambar Diana Danielle kat sebelah tu. Pening jugak nak cari idola kurus saya tu . Tapi follow je apa mentor suruh buat.
Kemudian kami melalui fasa 2 minggu pertama yang agak ketat tapi bagi saya ia satu program yang sangat membantu terutama dari segi kawalan emosi dan semangat untuk terus kekal dengan momentum dan semangat yang tinggi.
 

 

Nanti saya sambung lagi dalam entry yang seterusnya.  
%d bloggers like this: