Tentang Saya

Hai
Selamat datang dan salam perkenalan dari saya Hani Ismail

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya.  Saya menulis tentang apa yang saya suka, apa yang saya amal dan apa yang saya lakukan setiap hari.  Saya hanya wanita biasa yang ingin jadi berbisa.  Bukan  nak jadi terkenal, tapi nak jadi seorang yang dapat menabur banyak manfaat kepada lebih ramai orang.

Saya belajar dalam bidang senibina, dulunya menjawat jawatan arkitek di sebuah firma arkitek.  Dari muda remaja saya berimpian untuk jadi seorang designer dan arkitek berjaya.  Saya nak berjaya dalam kerjaya.  Saya bayangkan saya seorang carrier woman yang smart , ye lah, seorang arkitek kan, seorang profesional.

Kemudian, apabila saya berkahwin dan punya anak, saya seolah sedar, impian tu nampaknya sangat gah, tapi saya tak happy, tak bahagia dan sentiasa stress.  Maklum saja kena berjaga malam untuk siapkan job dan kalau nak selesaikan masalah satu-satu projek, saya sangat stress, kerja melibatkan banyak orang, yang kita tiada kuasa untuk menjayakannya.

Saya beralih ke bidang pendidikan. Mengajar senibina. Masih bidang yang saya minati dan seronok sebab sentiasa dengan pelajar.  Tapi lama kelamaan, polisi tempat kerja seolah berubah, pendidik dah kena buat pelbagai kerja pengurusan, eh! sudah jauh dari tujuan saya nak jadi pendidik,

Sekarang saya dah jatuh cinta dengan bisnes Shaklee, sedang dalam journey untuk jadikan Shaklee my lifetime carrier. Saya dah nampak prooven resultnya

Insyaallah saya cerita di lain entry ye

Dari seorang arkitek ke pengamal kesihatan dan kecantikan tegar ( tajuk main letak haja he he )
– hani ismail –