Assalamualaikum
Saya doakan semua pembaca SuriStory.Com dikurniakan kesihatan dan sentiasa dirahmati Allah S.W.T.
Hari ni adalah hari timbangan peserta-peserta Program NECK Batch 8 dan Batch 9.
Didoakan moga semua peserta yang  berada dalam batch berkenaan mendapat hasil yang berbaloi2 hari ni.
Semua terletak pada diri sendiri. Jika mereka beri effort yang tinggi, mereka akan dapat hasil yang best, mereka akan rasa manisnya di akhir perjuangan.
Dalam NECK timbangan dibuat hanya 2 minggu sekali.  Dalam proses menurunkan berat badan, kita tak digalakkan buat timbangan setiap hari.
Jika anda sedang dalam proses menurunkan berat badan. Patuhi syarat timbangan 2x seminggu. Insyaallah hasilnya akan lebih baik.
Sebab Kenapa Tak Boleh Timbang Berat Setiap Hari
1.  Jika keputusan timbangan kita bagus, ada penurunan.
Kesannya: Kita akan rasa,” wah! bagus ni, diet sikit2, senam sikit2, tapi berat still turun”

Makanya, kita mungkin akan buat sambil lewa jer bab jaga makan dan senaman. Sebab buat sket pun, menjadik.

2. Jika timbangan kita tak bagus walaupun kita  dah letih bersenam dan jaga pemakanan.
Kesannya:  Kita mungkin give up. “aku dah buat macam coach suruh, tapi berat tak turun2 jugak”

Makanya, kita mungkin terus malas jaga makan dan senaman. Keciwa sangat.

Sebenarnya, badan kita berbeza-beza.  Ada orang yang mudah turun berat badan, ada yang amik masa lebih lama.  Ini kerana kadar metabolisma kita berbeza.

Apa Yang Best Jika Timbang 2 Minggu Sekali 
Percayalah, jika anda disiplinkan diri untuk timbang hanya 2 minggu sekali, Anda PASTI akan lebih berdisiplin dalam menjaga senaman dan pemakanan.

1. Anda akan lebih terdorong untuk serius bersenam dan kawal pemakanan sebab nak result yang terbaik pada hari timbangan.
2. Anda akan rasa, “eh ! hari ni tak cukup senaman, abes la timbangan nanti tak turun”
So, anda akan terus fight lagi.
3. Bila termakan lebih atau silap amik food, “eh ! alamak ! terlajak sudah ! kontrol balik, nanti timbangan tak cantik lagi 2 minggu “.

Saya memang dah rasa semua keadaan di atas.  Apabila saya cheat dalam timbangan, displin saya kelaut dalam. So, anda semua, pleaseee jangan ulang kesilapan saya ini.  Nak kurus kena usaha kuat , untuk elakkan kita langgar dinding, carilah mentor dankumpulan sokongan yang betul.

Siapakah Yang Boleh Timbang Tiap Hari

Timbangan setiap hari hanya untuk orang yang telah capai berat ideal .  Iaitu mereka yang sedang buat maintenance.
Nanti bila berat anda dah capai berat ideal, anda boleh kawal berat anda sekitar berat ideal tu, supaya tak naik. Sebab tu boleh timbang hari2.

Bagi anda yang masih dalam proses DEFISIT KALORI, jangan timbang hari2.
Dalam NECK, kami tidak dibenarkan sama sekali timbang setiap hari.
Jom tengok, di bawah ni adalah jadual timbangan current batch sekarang iaitu BATCH 7, BATCH 8 DAN BATCH 9

Jadual Timbangan Peserta NECK

Tak lama lagi Batch 7 akan grad pada 8 Nov.  Kita doakan agar mereka mendapat hasil yang terbaik.

Kat bawah ni pulak keputusan timbangan beberapa peserta Batch 8 dan Batch 9. Alhamdulillah.

Kami sentiasa sedia membantu lebih ramai orang untuk kurus dan sihat.
 Ada peserta yang sampai rasa nak menangis kegembiraan
 Turun 12 kg dalam masa 2 bulan
 Tak percaya kat alat penimbang !
Turun 9kg dalam 2 bulan
Tahun 2014, kita BAM BAM
Tahun 2015 pun dah nak sampai ke penghujung, kita masih sama malah bertambah BAM BAM

Tahun 2016, adakah kita masih nak terus bertambah BAM BAM?
Semakin bertambah berat semakin susah kita nak usahakan penurunan berat.

>> BATCH 10 , now ready for registration. Bermula 1 November 2015
whatsapp/ tel 0194771175 .
Saya akan bantu anda.

 

Team NECK
JOM KURUS DARI RUMAH

 

%d bloggers like this: