Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya doakan semua pembaca HaniIsmail.Com dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah

Hari ni saja nak share sikit tentang kitchen setting yang saya selalu buat.
Mungkin ada yg dah biasa buat, mungkin ada yg belum mula.
Kepada pembaca yang dah biasa buat kitchen setting boleh la share di ruangan komen yer.


Kitchen setting ni akan mempercepatkan kerja2 memasak kita.
Sebenarnya ia lebih meluas kepada segala aspek dalam ruang dapur termasuk susunan barang2 basah, barang kering, peralatan memasak dan lain2.

Cuma kali ni saya fokus kepada kerja2 memasak.

Biasanya saya akan plan menu utk  1 -2 minggu. Ikut mood he he.  Lebih – lebih lagi sekarang ni saya dah ubah pemakanan saya kpd menu sihat.  Jadi kadang-kadang ada menu utk anak-anak yang saya tak boleh amik.

TAPI itu tidak bermakna saya sediakan menu2 yg tak sihat plak untuk anak2 yer.
Cuma anak2 ni kena bagi lebih sket semua zat makanan sebab dorang dalam proses membesar.

Mommy nya ni, dah stop proses tumbesaran, kalau bagi lebih nanti membesar bagai johan pulak. Mommy perlu makan ikut kalori yg dah ditetapkan. Itu saja k.

Ok ini apa yg saya buat utk mudahkan proses memasak.
Weekend, ahad biasanya saya akan beli bahan mentah spt ayam, ikan dan sayur.

Saya terus akan bahagikan semua tu kepada portion yang mudah nak guna. seperti gambar di bawah.

Ayam potongan besar dan kecil

Saya bahagikan seperti berikut

Ayam:
Potongan sederhana besar – untuk masakan spt ayam masak halia, masak merah, masak kunyit n etc
Potongan kecil2 – untuk digunakan sebagai bahan / rencah masa buat tumisan sayur , dan masakan goreng seperti mee, nasi etc
Potongan besar tapi nipis2, isi sahaja – untuk saya buat grill chicken (menu saya la ni)

Salmon dan Isi ayam yang siap diperap

Ikan (Salmon)
Terus perap dengan lada hitam & sedikit garam. pack dalam plastik berasingan
Salmon ni plak , saya akan terus grill 2-3 ketul 
– untuk penggunaan saya selama 2 hari
– untuk buat filling dalam sandwich atau wrap buat breakfast dan bekal anak2
 Sekali sekala buat camni kat rumah. kalau nak makan salmon kat luar mahal 
Mudah jer, grill guna kuali ajaib
Alhamdulillah, sekarang saya bawa bekal tiap hari ke tempat kerja dan
Anak-anak juga dapat breakfast dan bawa bekal hasil air tangan saya sendiri.

Bekalan saya. Simple jer
Makan dengan Jus Lemon + Apple

Moga perkongsian saya ni dapat memberi inspirasi kepada anda yang sudi singgah di HaniIsmail.Com.



Salam Sayang
Hani Ismail
%d bloggers like this: