Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dulu2, sebelum saya join Program NECK, saya jarang bersenam. Konon2 senam 2x seminggu dah cukup. Mana boleh turun kalau kita dlm proses defisit kalori kawan2!
Nak kurus kenalah ada defisit setiap hari.
Punca tak bersenam dikenalpasti, he he !
Itulah saya dulu. Sebab itu berat saya boleh naik hampir 20KG dari zaman anak dara dulu.
Tapi bila saya dah sertai Program NECK, tiap2 hari saya akan bersenam. ..sampai 2 trip pulak tu. Kalau weekend saya akan bersenam sehingga 3 trip.
Hasilnya memang AWESOME! Badan rasa ringan, cergas dan yang paling best saya TERPAKSA KURUS
Anda nak tau sebab apa ?
1- Bersenam di rumah. Anda boleh buat senaman kat rumah je, dalam NECK, coach dh bg well planned workout secara mingguan.
*Saranan saya untuk anda, mulakan dengan tanamkan dalam mindset anda, bersenam kat rumah sangat mudah. Jika anda ibu2 bekerja yang masih ada anak kecil, jangan jadikan ia alasan. saya sendiri ada anak 4 dan ada sikecik yg baru berusia 14 bulan masa saya mulakan misi bersenam di rumah ni dulu. Anda BOLEH !
2- Motivasi utk bersenam? – dalam NECK kami ada support group yg bermatlamat sama utk kurus yg very very high energy! Tak bersenam…akan rasa menyesal gilerr sbb tengok org lain dah buat.
Anda cuma perlu buat plan bersama kawan2. Rancang jenis senaman mudah untuk 1 minggu, setkan target kumpulan dan create 1 group whatsapp atau telegram untuk anda update aktiviti. Kumpulan anda perlu saling fight untuk selesaikan task.
3- Alatan bersenam. Dalam Program NECK, coach saya bg banyak tips utk brsenam, banyak benda kat rumah ni boleh jadi alat bantuan bersenam. Sapa yang nk pergi gym atas pilihan sendiri. Antara tips yang best adalah bawa pemberat bila anda bersenam. Ia akan memaksimumkan pembakaran kalori dalam badan.
*Saranan saya untuk anda, cuba google senaman2 yang best. try search HIIT, TABATA atau CIRCUIT TRAINING. Anda boleh download video2 yang best. So, takde alasan lagi kan!
Sebenarnya sangat banyak tips yang saya pelajari dalam Program NECK. Insyaallah saya akan kongsikan di sharing akan datang. Antara yang best dan sangat berkesan dalam membantu saya menurunkan berat badan adalah
– cara kira kalori yang betul,
– bersenam dan makan berpandukan kalori,
– macamana cara nak maksimakan pembakaran kalori dengan pilihan makanan yang betul.
Tips saya kecil2 dan biasa2 saja, tapi bagi saya sangat membantu saya mengubah hidup saya dari gemuk, lembap, cepat letih, malas kepada lifestyle yang lebih BEST !
Saya Doakan Anda Kurus dan Sihat
“Jom Kurus Dari Rumah”
“Kurus Tanpa Perlu Pergi Gym”
Whatsapp / Telegram / fb Hani Ismail
019-4771175
Recent Comments