Keistimewaan Vitamin C Shaklee memang tidak disangkal lagi.  Ia adalah antara vitamin Shaklee paling digemari.  Mana taknya , ia menduduki carta 10 Vitamin Shaklee Paling Top.  Bermakna ia antara vitamin yang tinggi jualannya.  Vitamin C antara vitamin terawal yang saya ambil, saya mula kenal Shaklee sebab mencari solution kepada masalah keletihan yang terlampau selepas bersalin anak ke-4, masa tu pada usia 39 tahun.  Menyesal sangat rasanya lambat jumpa Shaklee.  Padahal adik depan mata je buat bisnes Shaklee, tak terbuka hati langsung.

Saya mula terjebak dengan dunia supplemen ni dengan mengambil Set Optimum Health – ada ESP, Vitamin C, B Complex.  Dan masa tu saya juga ambil Set Sendi & Tulang , sebab saya selalu sakit lulut dan ada osteoporosis.  Masa ni sedang menyusu anak no-4 .  Yang bestnya, saya jadi sangat bertenaga dan energetik dan susu untuk anak yang ini lah paling lama saya dapat bagi.  Dulu kakak dan abang dia, saya cuma breastfeed sampai 4 bulan saja.  Rasa sedih dan sesal bila ingatkan.

Boleh baca perkongsian saya di sini >> Semakin Cergas dengan Set Optimum Health dan juga  >> Rezeki Susu Untuk Dayana

Kesan Kekurangan Vitamin C Kepada Tubuh

Semenjak kecil  lagi, kita dah didedahkan kepada Vitamin C, bila sebut limau, oren semua tau, itu adalah sumber Vitamin C.  Tapi betapa ramai orang yang tidak begitu ambil berat akan pengambilan Vitamin C.  samalah saya sendiri, tahu kepentingan Vitamin C, tapi malas nak usaha untuk lengkapkan sumber Vitamin C badan.

Selalunya, ramai tak ambil peduli pengambilan Vitamin C dalam diet pemakanan harian.  Semakin lama, ia akan menyebabkan pembentukan kolagen baru semakin lambat dan kurang terbentuk.  Kolagen yang berkurangan akan menyebabkan pelbagai tisu badan kita pecah.  Ini akan memberi kesan kepada terjejasnya pembaikan tisu badan.  Bahaya tau kalau berterusan, makin kita ber usia, makin kurag kolagen.  Kurang Vitamin C boleh sebabkan penyakit Skurvi

Macamana kita nak kenalpasti yang badan kita kekurangan Vitamin C.  Anda  boleh buat pemeriksaan sendiri untuk mengesan simptom kekurangan Vitamin C.  Cara paling mudah adalah menckar kulit anda dengan jari.  Jika ada kesan putih, bermakna badan anda kekurangan Vitamin C.  Kalau takde, bermakna badan anda ada sumber Vitamin C yang cukup.  Tapi saya berani jamin,  ramai orang akan ada kesan putih kesan dari cakaran ini.  Sebab apa tau, sebab pemakanan harian kita sekarang semakin teruk. Banyak makanan yang dah hilang khasiatnya.

Jom tengok apa lagi simptom kekurangan Vitamin C pada badan:

  • Sentiasa keletihan dan stress
  • Mudah terjadi tanda lebam pada badan
  • Selalu mengalami gusi berdarah
  • Jika luka, sangat lambat proses penyembuhan, luka lambat kering
  • Mengalami anemia
  • Rambut gugur
  • Kerap mengalami sakit sendi
  • Berlaku pendarahan kecil dalam mata
  • Mengalami stress yang teruk dan depression
  • Kesan Ekzema
  • Kerap mengalami masalah pencernaan

Jadi jika anda mengalami salah satu atau beberapa simptom di atas, bermakna tubuh anda memerlukan tambahan Vitamin C

 

Manfaat Vitamin C Kepada Tubuh

Vitamin C sememangnya mempunyai manfaat yang sangat berguna untuk badan. Terutama dalam memelihara pertahanan badan dan juga untuk kesihatan kulit.

 Berikut beberapa manfaat Vitamin C yang sangat penting untuk kesihatan dan kulit
1. Meningkatkan daya tahan tubuh ( antibodi) dalam melawan penyakit dan juga membantu dalam proses pemulihan
2. Sebagai antioksidan. Antioksidan bertindak melindungi sel dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Yang mana jika berlaku, ia akan menyebabkan penuaan sebelum usia, kanser dan juga penyakit kronik yang lain
3. Penghasilan kolagen dalam badan. Vitamin C membantu penghasilan kolagen iaitu protein yang mengawal dan mencegak kulit dari cepat berkedut, membantu proses penyembuhan luka, melambatkan penuaan dan juga mencerahkan tona kulit

Dari Mana Nak Dapatkan Sumber Vitamin C

Vitamin C boleh didapati secara semulajadi dari sayuran dan buah-buahan.  Ada juga dalam bentuk makanan tambahan berbentuk serbuk dan tablet.  Secara umumnya, semua sumber tanaman merupakan sumber Vitamin C yang bagus, tapi ia bergantung kepada keadaan tanah, proses penanaman sehingga ia dituai.  Berikut adalah sumber Vitamin C yang diperolehi dari buah dan sayuran

Sumber Vitamin C. DIYNatural

Ia terdapat banyak dalam sayuran seperti Lada Benggala dan Brokoli.  Manakala lebih banyak dalam buah-buahan seperti buah Limau Gedang, Tembikai Melon, Nenas, Oren , Strawbery dan Betik.
Walaubagaimanapun, sangat sukar untuk kita mendapat sumber Vitamin C yang mencukupi dari sayur dan buah-buahan hari ini.

Disamping perlu mengambil dalam kuantiti yang banyak , sumber Vitamin C juga dikhuatiri akan ketulenannya.  Ini kerana, sangat banyak teknologi pemakanan yang telah memanipulasi sektor perladangan kerana pengeluar ingin mendapat pulangan yang lebih dan memudahkan pengeluaran.  Antaranya banyak perladangan telah mengaplikasi GMO – Genetically Modified Organism dalam proses penanaman dan pengeluaran.

Keistimewaan & Kelebihan Vitamin C shaklee Berbanding Vitamin C Lain

Vitamin C Shaklee dikenali sebagai Sustained Release Vita-C Pluss (500m5). Ia hanya di patent khas untuk Shaklee. Sangat istimewa dalam mengatasi radikal bebas untuk kulit yang sihat dan cantik.

Kelebihannya berbanding jenama lain adalah kerana:

Ia bukan Vitamin Sintetik
Semua vitamin Shaklee adalah natural.  Vitamin sintetik sebenarnya sangat banyak dijual diluar sana. Ia sangat bahaya dan memberi kesan antioksidan dan juga pro-oksidan.  iaitu ia berfungsi menghapuskan radikal bebas tetapi dalam masa yang sama ia turut menghasilkan radikal bebas yang berbahaya.

Ia mengandungi “Bioflavonoids”
Bioflavonoid adalah merupakan pigmen tumbuhan yang banyak dijumpai dalam buah sitrus. Fungsinya adalah membantu penyerapan Vitamin C  yang lebih baik serta memelihara itamin tersebut dari teroksidasi.  Vitamin C shaklee mengandungi 120mg bioflavonoid

Tiada Perasa Tiruan
Vitamin C Shaklee tiada perasa tiruan. Ia dihasilkan dari ekstrak jagung serta sesuai untuk mereka yang perut sensitif

Vitamin C Shaklee bersifat Sustained Released
Ia adalah sistem pelepasan berperingkat 500mg Vitamin C dalam masa 5 jam.  Ia bertujuan untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran

Kandungan Bioflavonoids

 

Jangan segan2 hubungi saya untuk mendapatkan info tentang supplemen dan juga jika berminat untuk join team kami untuk peluang bisnes yang sangat luas !

Hubungi Kak Hani untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE

HANI 019-4771175

 

%d bloggers like this: